TESTIMONIAL
SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN!
Kehidupan bertambah bahagia, hasil kebaikan ilmu dinikmati seisi keluarga
“Siapa sangka selepas setahun menyertai program Millionaire Mind Power (MMP) yang dikendalikan oleh Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad pendapatan tahunan saya kini melebihi setengah juta,” Demikian menurut pengusaha katering makanan, Master Norhayati yang berasal dari Mersing, Melaka yang nyaris putus asa selepas 20 tahun hidup susah.
Katanya, MMP banyak mengubah perjalanan hidup keluarga dan perniagaannya. Bermula daripada dibelenggu dengan masalah kesihatan anak dan suaminya yang mengidap tonsil serta gaout sehinggalah kepada kesuraman perniagaannya yang sangat menghimpit sehinggakan 8 orang anaknya terpaksa berbuka puasa dengan air kosong dan tidak berbaju raya selama beberapa tahun. Dek kerana segala kekurangan dan kesusahan itu hubungan kekeluargaan juga turut terjejas. Walau bagaimanapun, selepas mempelajari beberapa teknik MMP dan perubatan melalui kursus MMP, semuanya berubah ibarat memetik jari.
“Saya tidak perlu lagi gusar dengan turun naik pendapatan perniagaan kerana saya yakin ilmu yang saya perolehi boleh digunakan untuk mengekalkan pendapatan minimum RM200 sehingga RM5,000 sehari.
“Ditambah lagi dengan produk pati bunga dan garam Aura Seri yang bukan sahaja dapat membantu saya mengimbangkan tenaga-tenaga negatif menjadi positif malah berupaya menaikkan seri wajah dan semangat yang kusam,” katanya yang masih tidak percaya boleh keluar dari kesengsaraan hidup selepas 20 tahun.
Tambahnya, dia percaya semua ini adalah kudratNYA dan ilmu yang dipelajarinya dari kursus MMP telah berjaya membuka hijab sengsara tersebut.
“Tarikh 1 Januari 2011 sehingga kini sukar saya lupakan kerana bukan sahaja saya berjaya mengikuti Kursus MMP malah pada hari yang sama juga saya menerima komisyen pertama saya sebanyak RM1,000 daripada projek yang bernilai RM50,000.
“Justeru, bagi rakan-rakan yang masih tercari-cari kursus yang mampu mengubah hidup mereka saya jamin MMP lah jawapannya,” ujarnya.
- Master Norhayati,
Pelajar MMP pada 1 Januari 2011
_______________________________________________________________________________
JALANI HIDUP YANG LEBIH TENANG, SELESA, YAKIN DAN PERUBAHAN YANG LUARBIASA SELEPAS BELAJAR MMP
Saya sungguh gembira dan bersyukur dipertemukan dengan ilmu MMP yang sangat bermakna ini. Sebelum belajar ilmu ini rasa susah hendak mendapatkan ketenangan dan keselesaan dalam beribadah. Tapi sekarang sungguh indah dan berkeyakinan setiap hari dalam beribadah dan menjalani hidup seharian.
Balik dari MMP saya telah menukar kereta lama ke Toyota Camry. Apa yang dinasihatkan telah saya buat dan saya rasa sangat bersyukur sekali dan rasanya sungguh bahagia bila kita tidak berkira-kira dan tertanya-tanya apa yang akan terjadi esok. Kita buat saja tapi apa yang akan jadi hari esok kita berserah kepada Allah S.W.T sambil berusaha. Melalui ilmu ini saya akan membantu masyarakat saya dan agama saya serta keluarga saya…Insyallah
Master Azham
_______________________________________________________________________________
TERIMA PROJEK RM500K DALAM MASA 36 HARI
Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang dari sy Master Dr. Hasbullah Mohd Salleh, 38 Tahun berasal dari Kuala Lumpur. Saya telah berkecimpung di dalam bidang pernigaan Kontraktor selama 11 tahun dan telah banyak mencapai kejayaan yang luarbiasa. Kehidupan saya sebelum ini boleh di katakan sangat selesa dengan apa yang saya kecapi dan usahakan dimana setiap apa yang saya dan keluarga impikan dapat ditunaikan dengan tanpa sekatan tetapi ia hanya bertahan selama 8 tahun sahaja dimana syarikat saya mengalami masalah kerugian kerana di tipu oleh pekerja saya sendiri dan orang yang ada talian keluarga isteri saya kerana sikap ketidakpuasan, irihati dan cemburu mereka semua di atas kejayaan yang saya nikmati’ walaupun saya telah banyak membantu mereka dari segi wang ringgit dan peluang perniagaan untuk mereka.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya tunjukkan kepada saya jalan untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini. Alhamdulillah pada 26 hb Jun 2011 jam 10 pagi, saya terbaca tentang satu artical tentang kejayaan seorang ahli perniagaan yang telah mendapat Rm 300,000.00 dalam masa beberapa hari sahaja selepas beliau menghadiri Kursus MMP dan Reiki Master. Tanpa ragu-ragu saya terus menghubungi Master Kapten ( B) Samad dan bertanyakan bagaimana caranya untuk saya mengikuti kursus “ Millionaire Mind Power “ ( MMP ) ini dimana ketika itu beliau berada di Borneo Sabah yang sedang rancak menjalankan perniagaan beliau. Keesokkannya saya terus menghadiri kursus MMP di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur dan terus melanjutkan ke Kursus Reiki Master kerana merasakan ia amat begitu penting bagi diri saya untuk memantapkan lagi Ilmu ini.
Selepas habis sahaja mengikuti Kursus MMP saya merasakan saya telah ditunjukkan oleh Allah jalan bagaimana untuk saya bangun semula demi mencapai kejayaan dan kegemilangan saya daripada Ilmu yang Pro’ Dato’ Dr Ibrahim Ahmad turunkan kepada semua peserta. Ilmu yang Dato’ sampaikan di MMP ini bukan sahaja untuk menjadikan kita seorang Jutawan tetapi untuk segala-galanya khususnya untuk KEJAYAAN, KEKAYAAN, KESEJAHTERAAN, KESIHATAN, KEHARMONIAN DAN KEBERKATAN. Saya terus bertemu dengan Prof. Dato. Dr. Ibrahim dengan lebih dekat lagi untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut yang jelas dan alhamdullillah selepas menerima penerangan ini saya terus mendaftarkan diri untuk menghadiri Kursus Reiki Master keesokkan harinya di Hotel Seri Pasific walaupun pada masa itu keadaan kewangan saya agak kritikal tetapi saya bernekad di dalam hati bahawa saya wajib menghadiri Kursus Reiki Master ini demi untuk merubah kehidupan hidup saya serta keluarga dan saya berjanji pada diri saya bahawa saya tidak mahu lagi melihat Isteri dan anak-anak saya miskin dari segala-galanya.
Saya berasa amat bertuah kerana berjaya belajar Ilmu Reiki Master ini dan alhamdulillah kini hidup saya telah berubah setelah saya menggunakan Ilmu Reiki yang saya pelajari dalam masa 36hari sahaja dengan izin Allah S.A.W dimana saya telah berjaya mendapat Tawaran Kontrak yang bernilai hampir Rm 500,000.00 setahun dari sebuah syarikat GLC dimana setelah hampir setahun setengah saya tidak mendapat sebarang Kontrak. Ini membuatkan saya lebih yakin dan percaya tentang Ilmu yang Dato’ Ibrahim Ahmad sampaikan kepada saya demi untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya menggunakan teknik menghantar Robot dari MMP serta Reiki Master untuk menambahkan lagi Energy pada Robot Sipintar ini supaya dapat menjalankan kerja dan arahan yang saya berikan dengan baik. Saya ingat lagi pesan Dato’ “ Buat sahaja dan jangan pedulikan, itu kerja Allah “ kita wajib yakin dengan diri sendiri kerana Allah Maha Kaya , Maha Adil dan Maha Pemurah, Firman Allah S.A.W “ Mintaklah dari Aku nescaya Aku akan perkenankan “
Sekarang ini saya sudah mula menerima peluang-peluang yang baik-baik serta berjumpa dengan orang yang betul untuk berurusan didalam bidang perniagaan. Setiap sentuhan Reiki Master adalah mempunyai energy yang positif dan bertenaga dan sekarang ini saya boleh menghantar Energy dimana-mana sahaja untuk membantu saya untuk mendapatkan kerja-kerja kontrak dan membantu orang dengan yang saya kehendaki dengan Izin Allah. Sekali lagi saya ingin megucapkan Jutaan terima kasih kepada Prof. Dato Dr Ibrahim Ahmad kerana dengan Ilmu yang disampaikan memang sangat-sangat berkesan , Luarbiasa hebat dan banyak membantu saya dan mereka yang ingin merubah nasib diri mereka sendiri dimana Firman Allah S.A.W bahawa “ Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu merubah nasib sesuatu kaum itu sendiri “. Saya ingin berkongsi kepada mereka yang berada diluar sana supaya marilah kita bersama-sama mempelajari Ilmu ini demi untuk menaikkan darjat dan martabat diri kita , keluarga dan masyarakat. Akhir sekali saya ingin mengucapkan Salam Kasih Sayang dari saya Master Dr. Hasbullah Mohd Salleh, 017 547 6966, email : drhas@protecholding.com
“ I Love $$$$$$ Money “
___________________________________________________________________________________
DENGAN MMP, KEHIDUPAN SUAMI ISTERI MENJADI LEBIH LUARBIASA HEBAT
Kehidupan kami suami isteri telah berubah daripada biasa-biasa kepada luar biasa hebatnya. Rahsia? Ini bukan rahsia lagi. Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad dan Datin Ira Ghani telah menyediakan satu plafom yang sangat kukuh untuk kita semua merubah kehidupan dengan menganjurkan Kursus Millionaire Mind Power. Dengan bantuan Rieki-reiki Master dan sokongan krew MMP sendiri saya telah berjaya menghadiri kursus Reiki pada April 2011 di Kota Bharu Kelantan dan baru-baru ini menghadiri kursus Reieki Master Healer di Genting Highland.
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat kami mengikuti kursus MMP perniagaan kami berkembang pesat. Pendapatan kami berlipat kali ganda peningkatannya. Tetapi kami tidak menikmati perubahan ini sendiri, kami berkongsikan nikmat ini bersama rakan-rakan dengan memperkenalkan program ini kepada mereka. Kami juga percaya wang yang megalir tanpa henti kepada kami ini adalahberkat daripada rezeki yang di perolehi di kongsi bersama. Syukur Alhamdulillah atas kurniaan-MU ya Allah dan mudah-mudahan kami mendapat merealisasikan hasrat kami untuk menjadi usahawan jutawan, dermawan yang beriman dan pada masa yang sama berupaya memberI sumbangan kepada orang lain dalam hidup ini.
Selain itu, selepas bergelar Master , suasana rumah tangga kami bertambah harmoni dan kami melalui kehidupan seharian dengan tenang. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti diri supaya dapat menambah nilai (added value) kepada orang lain hatta di dalam rumahtangga kami sendiri. Pendek kata kami mahu jadi orang yang kaya dan bergaya, berjiwa besa, penuh dengan energi positif, mampu membahagiakan orang di sekeliling dan yang paling utama sentiasa mendekatkan diri kepada yang Esa. Sejujurnya kami amat bersyukur dipertemukan dengan ilmu MMP yang sudah terang lagi bersuluh amat luar biasa hebatnya. Kini jelas terasa hidup ini begitu indah dan bermakna, penuh dengan warna-warni dan itulah yang kami suami isteri tercari-cari dan dambarkan dalam hidup selama ini.
Terbaharu kami telah menghadiri kursus Master Healer di Awana, Genting Highland dan Alhamdulillah peluang terhidang sekali lagi kepada kami untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. InsyaAllah kami akan mempraktikkan ilmu yang penuh bererti ini dengan rasa rendah diri serta syukur dan redha dengan segala ketentuan-Nya. Mudah-mudahan Allah S.W.T akan memberkati perjuangan kami ini.
Akhirnya, kami seikhlas hati menyarankan agar setiap orang menyertai program MMP kerana tidak syak lagi ia berupaya mengubah keseluruhan hidup anda. Percayalah inilah masanya untuk anda berubah pada kepada kehidupan yang lebih luar biasa, bukan sahaja untuk diri anda tetapi juga insan yang anda sayangi. Sekiranya anda ingin mengetahui dan berkongsi lebih banyak pengalaman dan informasi mengenai MMP bolehlah menghubungi kami di talian 013-9300019(Master Nora’ini) dan 013-9950019 (Master Anuar). Kami bersedia membantu anda setiap waktu, InsyaAllah.
———————————————————————————————————————
DERITA 12 TAHUN BERAKHIR SELEPAS MEMPELAJARI MMP
Siapa sangka selepas 12 tahun diuji dengan pelbagai cabaran getir, saya dan isteri tercinta akhirnya berjaya keluar dari belenggu keperitan hidup tersebut. Semuanya bermula dengan perkenalan kami bersama Master Fauziah ketika bulan Ramadhan baru-baru ini di Puchong, Selangor. Saya tidak begitu mengenalinya tetapi melihat perkembangan hidupnya cukup membuatkan saya dan isteri teruja. Beliau memberi tahu rahsia kejayaannya adalah MMP. MMP? Saya dan isteri terpinga-pinga dengan tiga huruf konsonan tersebut. Lantas pada bulan Ogos kami diajak menghadiri bengkel MMP. “Nah, inilah yang kita cari” kata saya kepada isteri yang masih terpinga-pinga.
Bertitik tolak daripada situ saya dan isteri bukan sahaja berjaya dalam karier sebagai perunding Takaful dan hartanah malah, pendapatan kami tidak putus-putus. Walhal diawal perkahwinan kami pada tahun 1999, bukan sahaja perniagaan tidak menjadi malah wang sentiasa tidak cukup. Lebih menyayat hati, dua minggu selepas perkahwinan saya, isteri pula jatuh sakit hingga saya merasakan seolah-olah akan kehilangannya.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, keuzuran isteri berlanjutan selama tujuh tahun menyebabkan kereta dan rumah nyaris kena lelong. Namun, antara semua pengalaman tersebut, yang paling meluluhkan hati saya apabila saya sendiri tidak mampu membeli pakaian baru untuk isteri dan keluarga ketika Aidilfitri di tahun 2003. Di saat itu, saya sudah berputus asa dan ingin membawa diri jauh daripada kehidupan dunia.
Mujur pada tahun 2007, Allah menganugerahkan rezeki untuk kami meneruskan kehidupan. Malangnya, ia tidak bertahan lama hingga menyebabkan saya kerugian sehingga RM150,000 selain hutang yang semakin bertimbun. Di saat itu saya hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah sebelum dipertemukan dengan Master Fauziah. Terima kasih kepada program MMP yang bukan sahaja membantu kepada kejayaan saya malah berjaya membentuk jati diri saya dan isteri.
– Master Zunnasry & Master Rina
——————————————————————————————————————–
TEKNIK MMP MENJADI, PROJEK BESAR DIPEROLEHI
Semua maklum industri pembinaan di Malaysia sentiasa ada pasang surutnya. Sebagai kontraktor, saya turut merasa tempias tersebut hinggakan di saat berada dalam kesempitan orang yang berhutang dengan saya bersikap sambil lewa untuk membayarnya. Pelbagai cara telah saya gunakan untuk mendapatkan semula wang saya. Begitu juga dengan usaha melobi projek. Namun semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya, saya terdengar program MMP yang dikendalikan oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Pada awalnya, saya hanya berminat untuk mengetahui teknik menjadi jutawan Muslim dan kelak dapat membantu orang yang ditimpa kesusahan. Alhamdulillah, hasilnya bukan sahaja duit saya dipulangkan oleh si penghutang malah banyak projek baru ditawarkan kepada saya.Lebih mengharukan, saya semakin cergas berqiamulail dan senang didekati oleh pelanggan. Semua keajaban itu saya kecapi selepas dua malam mengamalkan teknik reiki yang saya pelajari menerusi program MMP ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas MMP yang telah membantu mengubah hidup saya.
– Master Hj Abd. Wahab, (Kemaman)
————————————————————————————————————


MUDAH TUNTUT HUTANG
Ilmu yang dipelajari di MMP memudahkan pasangan suami isteri menuntut hutang tertunggak berbulan-bulan semudah petik jari
Alhamdulillah, Syukur padaMu Ya Allah kerana menemukan aku dengan Sifu Prof. Dato’ Dr Ibrahim bin Ahmad kerana melaluinya aku telah mengenal satu ilmu yang sangat dashyat dan sunggah indah iaitu Millionaire Mind Power. Besarnya kurniaanMu Ya Allah, betapa luasnya ilmuMu sehingga membuatkan saya terpaku sejenak memikirkan rahmatMu yang akan tidak pernah terjangkau untuk saya mempelajarinya.
Bermula pada 28.11.2010, saya dan isteri memberanikan diri untuk melangkah ke workshop Millionare Mind Power. Sebenarnya dari awal tahun lagi saya telah mula menyimpan iklan di surat khabar, tetapi kami masih teragak-agak untuk menghadirinya. Dalam hati berkata ‘betul ke boleh berubah’, boleh percaya ke (masih mempunyai fikiran negatif). Selepas menghadiri workshop tersebut, kami merasa amat-amat rugi kerana lama untuk ke workshop tersebut. Kalau dari awal mungkin hidup kami sekeluarga berubah dengan lebih cepat.
Sebenarnya, fikirkan saya tidak pernah lekang untuk berfikir bagaimana menjadi kaya. Pelbagai kerja telah dilakukan untuk kearah itu, tetapi pelbagai onak dan duri telah saya tempuhi, ditipu, dikeji dan dipuji. Apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan duit saya buat Berpuluh-puluh ribu telah saya laburkan untuk menjalankan perniagaan. Apa sahaja kerja yang boleh mendatangkan duit saya buat. Sehinggakan saya ditipu oleh ‘partner syer’ sendiri. Dia menikam dari belakang. Saya pasrah dan redha. Saya beranggapan mungkin tuhan sedang menguji saya.
Di dalam pergolakan perniagaan, saya sekali lagi diuji dengan masalah rumahtangga yang mana keadaan isteri saya sering terganggu. Saya kasihan dan risau melihatnya yang sentiasa resah dan gelisah, sentiasa merasa rimas bila bersama saya, seolah-olah sedang menahan sesuatu yang sangat berat di dalam badannya.
Banyak tempat saya membawa dia untuk berubat. Selepas berubat cuma bertahan dalam beberapa hari dan kemudian penyakitnya berselang-seli datang kembali. Sehingga kami berjumpa seorang pemuda yang menawarkan diri mencuba memulihkan keadaan isteri saya. Dia kononnya mengaku merawat dengan yang menggunakan ilmu tasawuf dan lama-kelamaan dia cuba untuk memutarbelitkan rumah tangga kami untuk membuatkan saya dan isteri berpisah dengan tujuan untuk merampaskan isteri saya. Alhamdulillah, Allah masih memelihara saya dan keluarga. Niat orang tersebut dapat kami sedari dan terus menjauhkan diri daripada orang tersebut.
Bermula daripada saat itulah, saya dan isteri menjadi serik untuk berubat lagi. Oleh kerana itulah kami bangkit untuk mengambil kursus Master Healer yang di tawarkan oleh Dato’. Aku berpegang pada kata-kata Dato’. Allah itu adil dan saksama. Dia yang memberi dugaan dan dia yang memberi kesenangan. Dia jadikan kita sakit dan dia jadi dalam diri kita ada penawarnya. Umpama tuhan jadikan ‘Cili Api’ yang rasa pedas, dan tuhan jadikan tangkainya sebagai penawar kepedasan tersebut. Oleh itu ambillah peluang untuk belajar ilmu tersebut. Ilmu Allah itu tiada terbatas dan seluas lautan yang tiada bertebing.
Untuk membaiki kehidupan, Saya masih lagi mencari ilmu untuk memajukan perniagaan sendiri. Dengan hanya cuba-cuba menghadiri workshop bersama isteri . Saya merasakan sesuatu kelainan pada ilmu yang di ajar dato’. Kemudian saya dan isteri ingin terus meneroka ke kursus MMP dan seterusnya kami terus mengorak langkah ke kursus Mastery.
Apabila kami membuat keputusan untuk mengikuti kelas Mastery sebenarnya kami sendiri tidak tahu macammana kami nak dapat sejumlah wang untuk yuran tersebut. Saya cuba mempraktikkan ilmu saranan wang dan teknik robot yang diajar dato’ dalam kursus MMP. Disinilah peristiwa yang paling hebat, apabila tarikh kursus hampir tiba bayangkan “payment” perniagaan saya yang tertunggak selama 4 bulan telah saya terima pada 31.12.2010, satu hari sebelum kursus tersebut bermula. Saya dan isteri sangat gembira dan tekad tidak mahu melepaskan diri untuk menghadiri kursus tersebut pada 01.01.2011. Saya hanya membawa sekeping cek yang jumlahnya cukup untuk 2 peserta kursus, apa yang penting saya dan isteri dapat masuk ke kelas tersebut. Hari Isnin 03.01.2011 saya fikirkan kemudian. Masih lagi segar lagi pesanan Dato’ semasa menghadiri MMP tanggal “01.01.11” adalah sesuai utk membuat perubahan dan tiada satu sekolah yg belajar ilmu kekayaan. Kita kena jadi “Fighter and Survivor” panduan untuk terus mengharungi masa-masa mendatang.
Alhamdulillah, saya merasa amat bersyukur kerana ilmu kejayaan dan kekayaan yang saya cari bahkan saya mendapat peluang mempelajari ilmu untuk merawat penyakit dan secara tidak langsung mempelajari ilmu membenteng diri. Betul kata Dato’, apabila kita mula menyelami dan mengenali diri kita..syaitan mula menangis.
Sekarang, setelah saya dan isteri tercinta telah bergelar Master Healer, kami secara tidak langsung dapat mempercabangkan perniagaan. Setiap hari permintaan produk Aura Seri dan Garam Aura makin bertambah. Seperti yang terkandung dalam saranan harian ‘Wang Mengalir Tanpa Henti’ dan Apa yang paling menyeronokkan lagi apabila anak saya sakit, saya dapat merawat anak saya sendiri yang kerap batuk apabila cuaca sejuk (asma) dan dapat mengharmonikan anak kecil saya yang mudah meragam ditengah malam. (Gangguan asing). Saya juga boleh membuat rawatan kepada keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan pemulihan.
Oleh itu, saya mengajak kepada saudara di luar sana, bangkitlah, serulah kepada diri sendiri untuk membuat perubahan dan mempelajarilah ilmu yang ada pada MMP. Sungguh indah dan menarik bila kita memperolehinya. Dan ilmu ini sangat-sangat sesuai kepada sesiapa yang sentiasa mempunyai masalah dalam hidup, perniagaan dan gangguan makhluk asing. Semua orang ada masalah dan bagaimana cara kita menggendali masalah itu perbezaannya. Belajarlah untuk merawatnya sendiri. Diri kita adalah penyelesaiannya. Bagaimana kita membawa diri kita, ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Fikirkanlah…
Akhir kalam, Saya dan isteri mengucapkan jutaan terima kasih Prof. Dato’ Dr Ibrahim Ahmad dan Datin Ira Ghani yan banyak membimbing saya, isteri serta rakan-rakan master yang lain. Kepada mereka di luar sana yang mengalami masalah dalam menuntut hutang daripada orang lain, sertailah MMP dan pelajarilah ilmu-ilmu yang luarbiasa dan hebat ini yang pasti dapat menyelesaikan masalah anda. Salam Kasih Sayang, Salam Kekayaan Dan Salam Kejayaan… Dari RMH AIZAM dan RMH LYA. HP: 011-1631 4335 / 016- 3099 846
_________________________________________________________________________
RM110,000.00 DALAM MASA 13 HARI
Cek MMP memang benar-benar terbukti berkesan dan menjadikan impian seorang peserta MMP menjadi kenyataan
DARI INSAN BIASA KEPADA LUARBIASA, Saya Master Shamsudin melahirkan rasa syukur pada Allah dan terima kasih yang tidak terhingga pada Dato’ dan Datin. Tidak pernah saya bayangkan dan fikir sebelum ini bahawa adanya program seperti ini yang boleh menjadikan cita-cita dan impian seseorang itu menjadi kenyataan dengan menggunakan ‘Kuasa Minda”.
Kini saya percaya dan yakin bahawa inilah satu-satunya cara untuk mencapai impian tentang apa yang saya impikan. Sesuatu yang di luar jangkaan dan sungguh LUARBIASA berlaku kepada saya. Sewaktu kursus MMP pada 15hb April 2011 di Kota Bharu, Dato’ telah berikan setiap peserta sekeping cek kosong untuk ditulis berapakah jumlah yang saya mahu dan tarikh untuk mendapatkannya. Saranan Dato’ biar jaraknya sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan dari tarikh kita tulis untuk terlaksana. Tapi saya tidak ada masa selama ini kerana hasrat saya untuk hadir kursus Mastery pada 29hb April 2011 dan saya tiada wang untuk membayar yuran. Jadi saya tekadkan azam dan bulatkan cita-cita dan saya tulis bertarikh 28hb April 2011 dengan jumlahnya RM110,000,00. Tanpa disangka-sangka dalam masa hanya 13 hari dari tarikh yang saya tulis iaitu 27hb April 2011 apa yang saya tulis benar-benar telah jadi kenyataan. Saya betul-betul dapat RM110,000.00 seperti apa yang saya tulis di dalam cek. Saya terima dalam bentuk tunai dan tidak melalui cek. Penerimaan wang sebanyak ini berlaku apabila seseorang sudi melabur di dalam sebuah projek saya yang kini kiat berjalan lancar dengan jayanya.
Akhirnya, saya berjaya hadir kursus Mastery pada 29hb April 2011 di Kota Bharu. Sepanjang saya bergelar Master, perubahan banyak berlaku kepada saya. Masalah dalaman dan luaran kini dapat diatas dengan mudah. Tiada lagi tekanan dan semua perancangan saya berjalan dengan mudah dan berkesan semudah petik jari sahaja. Kini saya telahpun mengikuti kursus RMH di Awana Genting pada 24hb Mei yang lalu. Tiada apa yang dapat saya katakan kecuali bersyukur banyak kepada Tuhan dan terima kasih yang tak terhingga pada Dato’ dan Datin. Saya percaya apa yang saya saya inginkan selama ini akan menjadi kenyataan. Wang kini telah mengalir tanpa henti kepada saya. Kini saya telah mengetahui rahsia ini dan tidak menoleh kebelakang lagi.
Saya seikhlas hati menyarankan kepada semua pembaca agar mengikuti Workshop dan kursus MMP yang pasti mengubah keseluruhan hidup anda. Pelaburan kepada ilmu MMP ini ternyata berbaloi-baloi dan saya benar-benar yakin dengan apa yang saya pelajari. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib seseorang itu, melainkan dirinya sendiri. Fikirkan apa yang akan terjadi pada anda 10 tahun akan datang? Adakah anda masih berada di ‘Zon Selesa’? atau kehidupan anda berubah 100 peratus?. Anda renung-renungkan? Saya sudi berkongsi pengalaman ini dengan anda semua dan boleh menghubungi saya di talian 012-9494106 Master Shamsuddin Mamat
_________________________________________________________________________________
RM300,000.00 DALAM MASA TIGA BULAN
Memang terbukti berkesan dengan teknik dan ilmu MMP, pesara mampu memperolehi pendapatan yang luarbiasa dan mengubah kehidupan
SELEPAS MENAMATKAN PERKHIDMATAN pada penghujung 2007, saya Kapten (B) Samat bin Haji Senin, telah menceburkan diri dalam dunia yang baru dan asing bagi diri saya iaitu Dunia Perniagaan, dimana telah 3 tahun dialam persaraan dan banyak perkara baru yang saya pelajari tentang selok belok perniagaan Networking yang banyak membantu dari segi pendapatan, puluhan ribu setiap bulan saya dan keluarga kecapi sehinggakan boleh merubah kehidupan saya dan keluarga nikmati sebelum ini. Tanpa disangka-sangka panas yang diharapkan sampai ke petang telah hujan di tengahari, maka habis semua kemewahan diragut dengan begitu pantas dan kembali dengan kehidupan yang lama.
Pada suatu hari, saya terbaca iklan dalam akhbar Harian Metro mengenai Millionaire Mindpower dan ia ada menceritakan bagaimana cara untuk menjadi Jutawan dengan hanya semudah petik jari. Sejurus kemudiannya, saya terus menghubungi salah seorang pengedar tiket workshop MMP dan bertanyakan tentang Workshop MMP yang terdekat. Tanpa berlengah saya membeli 2 tiket daripadanya, dalam hati saya berkata mungkin ini satu-satunya peluang bagaimana cara untuk menjadi Jutawan?. Tiba pada tarikh yang ditetapkan, saya dan isteri terus menyertai workshop tersebut yang sesak dengan peserta yang bertempat di Seremban. Saya cukup kagum dengan penceramah yang cukup hebat dan bertenaga iaitu Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad.
Selesai seminar saya terus berjumpa dengan Dato’ untuk berkenalan dengannya. Setelah berjumpa dengannya, beliau memberikan kata-kata semangat dan beliau menasihatkan supaya saya hadir kursus MMP di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2010. Ketika itu saya bersetuju saja tanpa memikirkan yuran pembayaran sedangkan saya tidak mempunyai modal untuk membuat bayaran yuran kursus. Dengan izin Allah, saya mendapat bantuan dari kawan-kawan terdekat yang menyokong saya. Dalam Kursus MMP saya banyak belajar bagaimana untuk menjadi seorang Jutawan sebenar dengan mengetahui dan mengamalkan teknik-teknik dan ilmu seperti mengenal diri, menguasai kuasa minda separa sedar, membina robot networking, saranan wang dan pelbagai lagi. Satu persatu saya amalkan dan berusaha serta bertawakal agar apa yang dihajati menjadi dan banyak peluang-peluang datang kepada saya.
Syukur Alhamdulillah, di awal tahun 2011 saya telah diperkenalkan dengan perniagaan Emas melalui seorang kawan. Setelah belajar selok belok perniagaan emas dan memahaminya tanpa melengahkan masa saya mengorak langkah dengan modal yang kecil saya bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat akhirnya dalam masa 3 bulan sahaja saya dapat mengumpulkan hampir RM300,000.00 dengan bantuan-bantuan agen-agen saya. Kini saya mula dapat membayar hutang-hutang lama dan mengecapi kehidupan yang sebenar dengan hasil dan ilmu MMP yang benar-benar menunjukkan keberkesanannya yang amat LUARBIASA HEBAT!. Kini saya sedar, betapa hebatnya kuasa berfikiran Positif dan sentiasa fokus dan berfikir tentang apa yang kita hajati. Semuanya telah jelas terbukti.
Saya amat terharu dengan menyertai seminar MMP dan bimbingan dari Mentor saya iatu Dato’. Kini saya telah dapat membina semula kehidupan baru dengan penuh warna warni, seterusnya dapat hadir ke peringkat seterusnya iaitu Kursus Mastery dan Healer yang saya idam-idamkan selama ini. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mentor saya, seluruh warga MMP, saya menyeru pada rakan diluarsana, hadirkanlah diri anda di semua seminar dan kursus yang dianjurkan oleh MMP agar kita semua dapat kecapi semua impian yang kita hajati selami ini. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan ia mengubahnya sendiri. Salam Kasih Sayang.
- RM Kapt (B) Samat Hj. Senin
017-3746136
_______________________________________________________________________
REZEKI DATANG BAGAI BULAN JATUH KE RIBA
Pasangan suami isteri yang sedang mengecapi kebahagiaan dan sedang mencapai impian menjadi realiti
ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya. Setiap insan pasti mengimpikan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, kesihatan, kekayaan dan kejayaan. Bagi kami berdua, inilah apa yang dicari selama ini untuk mencapai ketenangan dalam hidup sebagai suami isteri. Selepas mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mendapat cahaya mata setahun kemudian, kehidupan kami lengkap dan penuh bermakna. Tanggung jawab sebagai seorang ayah dan ibu, kami pikul bersama untuk menyediakan yang terbaik demi anak tercinta disamping membantu keluarga. Namun punca mata pencarian yang hanya bergantung kepada gaji semata-mata membuatkan kami terhimpit dengan bebanan hutang dan kekangan kerja yang begitu “stress”. Dari situ bermulalah episod mencari pendapatan sampingan dengan menjalankan perniagaan supplemen AGEL dan perniagaan lain secara kecil-kecilan. Dek kerana ceteknya ilmu dan pengalaman, bisnes kami hanya sekadar turun naik – turun naik dan pernah ditipu sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Tapi semangat juang mencari rezeki yang halal demi anak dan keluarga tidak pernah padam dalam diri kami.
31 Ogos 2010, tarikh keramat dan amat bermakna bagi kami. Bermulanya transformasi diri dengan menyertai Workshop MMP disusuli dengan kursus MMP pada bulan September 2010 dan seterusnya meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Mastery pada bulan Oktober 2010. Kesannya amat ketara, menakjubkan dan SANGAT HEBAT!. Pendapatan dari perniagaan sampingan kami yang turun-naik sebelum ini mula meningkat dan mendapat permintaan ramai. Berkat usaha gigih dengan iringan doa kedua ibu bapa kami dan mempraktikkan segala ilmu yang diterapkan dalam MMP ini, semakin banyak peluang perniagaan lain datang tidak putus-putus. Dengan izin Allah, kehidupan kami mula berubah ke arah lebih positif dan keharmonian perjalanan hidup lebih tersusun. llmu Sains Minda Di Bawah Separa Sedar yang diajar oleh Prof. Dato Dr Ibrahim dan Datin Ira melatih kami supaya sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi serta menerapkan nilai kasih sayang antara suami isteri dan ahli keluarga yang lain. Benar kata Dato’, kekayaan sebenarnya dicipta diminda, dan Allah sentiasa beserta dengan apa yang kita niatkan. Dan yang pastinya.. kekayaan dan kejayaan adalah hak milik setiap insan. Jadi kami juga tidak terkecuali untuk menjadi insan yang bertuah dapat mengikuti program MMP dan menikmati kejayaan dan kekayaan dari ALLAH.
Impian kami untuk memiliki rumah kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila kami telah pun berjaya membeli sebuah rumah teres dua tingkat berharga RM 300 ribu dan sebuah apartmen berharga RM 259 ribu dalam usia kami baru mencecah 28 dan 26 tahun. Kami juga berpeluang melancong ke luar negara bersama semua ahli keluarga pada musim sejuk yang lalu dan menikmati keindahan ciptaan Allah dengan meredah kesejukan cuaca pada suhu -16 Darjah Celcius.
Salah satu pengalaman yang ingin dikongsikan bersama semua pembaca yang tidak dapat kami lupakan dimana rezeki yang tidak disangka seperti bulan jatuh ke riba. Sebelum berangkat bercuti ke luar negara, datang seorang hamba ALLAH dan memberikan sejumlah wang sebanyak RM5,000.00 ringgit. Kami sangat terkejut dan hairan! Rupanya itu adalah hadiah daripadanya sebagai tanda terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sehingga beliau menjadi salah seorang pekerja cemerlang pada tahun tersebut. WOW! Hebatnya ilmu MMP dan siapa sangka kami telah pun menjadi MAGNET WANG! Perasaan “stress” yang kami alami sebelum ini telah pun hilang dan ini dapat membantu kami menumpukan sepenuh tenaga dan fokus kepada urusan kerja sekembalinya kami di pejabat.
Kami juga melangkah setapak lagi dalam cabang ilmu MMP kerana pada Febuari 2011 lalu kami meneruskan pengajian ke peringat Master Healer. Melalui program ini, kami bertauliah untuk menjalankan rawatan pembersihan aura dan tenaga bagi mengatasi masalah berkaitan “stress”, kesakitan fizikal , anak-anak yang mengalami masalah pembelajaran di sekolah ataupun universiti serta rawatan pembersihan untuk rumah kediaman, restoran, spa, butik, pejabat dan sebagainya. Syukur Alhamdulillah sejak pulang dari kursus Healer, wang terus mengalir tanpa henti setiap hari. Walaupun sedikit, pasti akan masuk! Kami benar-benar telah menjadi 200% MAGNET WANG!!!
Terima kasih kepada Dato dan Datin atas perkongsian ilmu MMP yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Dengan berkat dan izin ALLAH, kami pasti mencapai RM 1 juta pertama sebelum mencecah umur 30 tahun, sudah tidak menjadi mustahil lagi.
Kepada pembaca di luar sana, ayuh ramai-ramai datang ke MMP dan timbalah ilmu dari Dato dan Datin. Boleh kami katakan ini merupakan satu pelaburan yang paling menguntungkan kerana ilmu MMP dapat dipraktikkan oleh semua golongan peniaga dan juga yang makan gaji dari semua aspek kehidupan seperti mengatasi masalah kebocoran wang, membuang sekatan dan halangan yang menyebabkan segala yang anda buat tidak menjadi serta menarik peluang bagi peningkatan dalam perniagaan dan kerjaya. Kami mempunyai impian yang sangat besar untuk membantu rakan-rakan yang ingin berubah dan berhijrah daripada kehidupan yang biasa-biasa kepada kehidupan yang luar biasa dan jauh lebih baik dan membantu anda berjaya bersama-sama kami. Sebelum kami mengundur diri, ingin kami kongsikan petikan kata-kata orang hebat. “Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan khalifah di muka bumi Allah. Di dalam diri manusia tidak ada yang lebih baik daripada fikirannya dan ANDA adalah apa yang anda FIKIRKAN”. Jika ada sebarang pertanyaan tentang MMP ataupun ingin berkongsi pengalaman, hubungi kami di talian 012 515 8385 (RM Hussaidi) / 012 227 0608 (RM Nuha). Ambo sukoo.. pitihh!!!
SEDEKAD MEMBINA MINDA NUSA DAN BANGSA
ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM KASIH SAYANG DAN SALAM KEKAYAAN buat semua terutamanya pelajar-pelajar MMP yang dikasihi lagi diingati. Masih ingat lagi, ketika ingin memulakan program MMP dulu…ramai yang tercengang tidak percaya dan kurang yakin adakah program ini mampu mengubah kehidupan atau kedudukan kewangan seseorang itu… Tidak kurang juga pandangan dan komen-komen sinis dari orang berjiwa kecil kerana perkataan “MILLIONAIRE” itu terlalu besar untuk mereka faham dan terima, tambahan pula mereka telah dididik dan diasuh oleh mindanya bahawa “Kaya itu MUSTAHIL, PAYAH, SUSAH, JADI SOMBONG, BONGKAK, RIAK dan pelbagai lagi”. Dari sini saya dapat membaca minda segelintir masyarakat kita yang masih miskin dan mundur serta menjurus kearah mana. Namun, terima kasih juga di atas maklum balas ini kerana bertitik tolak dari sinilah saya tahu kenapa kita masih miskin. Ternyata minda memainkan peranan yang sangat penting, dan faktor yang lainnya juga adalah Ilmu dan kesedaran. Tahukah anda bahawa kita miskin hari ini adalah satu sebabnya kerana kita tidak pernah diajar, dilatih, dididik atau diasuh untuk menjadi kaya. Kita sudah biasa sedari kecil, kita selalu ditanya soalan “Besok besar nak kerja apa?”, kita tidak pernah ditanya soalan “Besok besak nak kaya dan berjaya macammana?. Bentuk soalan juga penting untuk menentukan kita bakal jadi apa dan siapa. Maaflah ye, tambahan pula rata-rata orang melayu kita ini miskin, jadi bagaimana untuk dia mengajar anaknya supaya menjadi kaya? Saya sendiri datang dari keluarga yang sangat miskin, maka saya faham bagaimana corak pemikiran atau ‘mindset’ golongan-golongan ini.
Di MMP, kami menerima pelbagai golongan pelajar dari Petani, Buruh, Pemandu Lori, Tukang Cuci, Suri Rumah hinggalah ke golongan Professional, Doktor, Peguam, Pensyarah, Jurutera, Ahli Korporat dan pelbagai lagi. Kami sedia menerima dan membantu sesiapa sahaja yang ingin mengubah minda, kehidupan dan kedudukan kewangan anda tanpa memilih bulu, status atau kedudukan anda kerana kami faham kekayaan dan ilmu bukan untuk golongan tertentu sahaja. MMP kini bagai sekolah, kolej atau institusi pengajian tinggi untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran bukan hanya untuk menjadi bijak pandai tetapi yang pentingnya, belajar untuk menjadi kaya dan berjaya… Nah…Hasilnya sudah terbukti, setiap minggu kisah kejayaaan mereka terpapar di dalam akhbar. Tidakkah anda rasa terpanggil untuk berjaya dan kaya seperti mereka? Setiap hari saya menerima testimoni tentang pencapaian masing setelah menghadiri kursus. Syukur Alhamdulillah, ramai yang telah berpendapatan ribuan seminggu, perolehi projek jutaan ringgit, berimej baru, memandu kereta baru, memiliki rumah baru, berjawatan baru (naik pangkat), bisnes baru, terima pelbagai peluang, ramai yang sudah pergi menunaikan ibadah Haji dan Umrah dan paling menyentuh hati saya ramai yang telah mampu keluar dari masalah dan bangkit semula dari kegagalan dan terus berjuang di persada kehidupan. Tidak sangka pula, ramai yang datang menangis kini pulang dengan senyuman. Pendek kata, hampir kesemua pelajar-pelajar yang hadir ke program kami datang dengan 1001 masalah. Mungkin cerita-cerita ini tidak memberi makna kepada anda yang telah punyai semuanya. Tetapi cukup bermakna bagi mereka yang kurang bernasib baik suatu masa dulu. Cuma pesanan saya, jangan kita terlalu alpa, sombong, atau yakin bila duduk diatas kerana kehidupan itu sesungguhnya ibarat roda, ada turun naik tiada hentinya. Bekallah dirimu dengan ilmu yang betul-betul mantap sehinggakan walaubagaimanapun anda jatuh, pasti anda dapat bangkit semula dengan pantas, jika kita tahu ilmu dan caranya. Segalanya ada di MMP.
Syukur Alhamdulillah juga. Ramai yang sudah punyai kesedaran dengan menghantar anak-anak ke program Kids Mind Power kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan lagi pada masa hadapan. Bukan kelulusan sahaja yang diutamakan tetapi kita lupa, corak atau cara berfikir anak-anak juga perlu dititik beratkan juga kerana kita adalah apa kita fikir. Bukannya apa yang kita lulus. Kalau anak-anak kita pandai, bijak, dan kelulusan bagus pun, tapi berfikiran negatif, berjiwa kecil dan tidak mempunyai karisma…nak buat apa? Segalanya bermula di minda. Dimana pemikiran menghasilkan rasa. Kemudian barulah lahir tindakan dan hasil. Soalannya, Adakah anda gembira dengan hasil pencapaian anda hari ini? Ramai lagi yang masih putus wang, bajet tak pernah cukup, masih memandu kereta lama, motor buruk, rumah kecil yang sempit…Panas, kain baju anak pun tak bersalin apatah lagi untuk diri sendiri? Sedih…Sedih… Sampai bila mahu begini? Sampai bila? Jangan salahkan takdir sahaja kerana Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Anda yang menentukan apa yang anda mahu! Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, tidak bosankah jika keadaannya sama sahaja setiap tahun? Hidup jika tiada perubahan atau pencapaian? Samalah seperti hidup yang sia-sia! Hadirlah ke workshop MMP, mana tahu rezeki anda menjadi seperti mereka yang hadir sebelum ini. Kini semuanya merungut…Wang mengalir tanpa henti…Rezeki makin menjadi-jadi…hujan rezeki setiap hari. Itulah ayat-ayat lazim yang sering saya dengar ketika ini. Di MMP, kami bukan hanya mengajar anda kekayaan semata-mata, tetapi juga modal insan dan nilai kehidupan yang berkualiti lagi hakiki. Bukan sahaja teori diajarkan, akmi juga menekankan teknik, skil dan Sains Minda. Malah kami juga menekan dari segi praktikal bagaimana mahu berniaga dan menjadi kaya raya dengan pendapatan ribuan ringgit seminggu. Modul program kami akan membantu anda mengenal diri, serlah potensi diri, tingkatkan kekuatan diri, cari kedamaian hati, menaik seri, mengundang rezeki, dan pelbagai lagi yang mana semua ini tidak ada di dalam buku. Jika anda merasai jiwa kosong, usang dan sunyi tak terisi, hadirlah ke program kami. InsyaAllah, kami akan membantu supaya kembali HIDUP!! dan SUKSES! Syukur Alhamdulillah, berkat sokongan, doa dan izin Allah, MMP kini mula melebarkan sayapnya ke peringkat Antarabangsa. Kita sudah mula bertapak di Singapura dan InsyaAllah ke Brunei dan Indonesia tidak lama lagi. Terima Kasih buat semua, kita bangga menjadi anak Malaysia di bumi bertuah ini dan program MMP adalah dikemudikan dan dilahirkan oleh anak tempatan hingga mampu ke peringkat antarabangsa. Kenapa kita tidak boleh menyokong? Jika orang lain datang ke sini, kita sanjung dan puja, tetapi ingat, dia akan balik dan meninggalkan kita disini. Sedekad MEMBINA DAN MENGUBAH MINDA NUSA DAN BANGSA saya tetap disini memberi sepenuhnya komitmen untuk menjayakan anda. Susah dan senang sentiasa bersama anda membangunkankan minda, semangat, roh dan jiwa bangsa agar kita maju, dinamik dan mampu menjadi sehebat bangsa-bangsa yang lain. Segalanya bermula di MINDA… Ubah Pemikiran, Ubah Kehidupan!!! Kita pasti boleh! Ayuh marilah kita bersama-sama berhijrah minda melakukan ‘TRANSFORMASI’ serta anjakan paradigma demi Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta. Terima Kasih diatas sokongan semua. Salam Kasih Sayang.
UBAH PEMIKIRAN, UBAH KEHIDUPAN!
Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad
Pengasas Millionaire Mindpower
___________________________________________________________________________________
KEHIDUPAN MENEMUI SINAR BARU DENGAN MMP
Ilmu MMP memberi kehidupan yang sebelum ini malap kembali terang serta menampakkan tujuan dan matlamat hidup yang sebenar
SALAM 1 MALAYSIA dan salam kasih sayang. Untuk saya berkongsi tentang MMP, sebelum ini banyak testimoninya berkisar tentang kejayaan dan pengalaman para pelajar MMP itu sendiri. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi kenapa kita harus mengikuti program ini. sememangnya testimoni yang diberikan oleh pelajar MMP itu sendiri adalah benar dari mereka sendiri. Ia bukannya cerita kosong tetapi pengalaman mereka setelah mempelajarinya dari MMP. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, izinkan saya perkenal diri ini.
Saya RMA Shahnom dari Kuantan, Pahang. Mula mengenali MMP pada awal tahun 2010. Satu hari saya terbaca di Harian Metro setiap Ahad tentang kejayaan pelajar-pelajar MMP dan saya tertanya-tanya apakah dia MMP ini? Tidak kira dari mana latar belakang pekerjaan atau bidang semuanya boleh berjaya. Dalam hati saya terdetik, MLM ke ini? Walaubagaimanapun saya nak tahu juga bagai ada satu tarikan kepada saya. Saya menghadiri Workshop MMP di Kuantan pada bulan April 2010 dan seterusnya ke Kursus MMP di Vistana Hotel, Kuantan pada bulan May 2010. Sangat Menarik! Luarbiasa! dan WOW! BOMBASTIK! Memang Hebat ilmu ini serta mudah rupanya. Semudah petik jari kalau nak kaya dan berjaya yang mana sebelum ini tiada satu guru pun yang mendedahkan ilmu kekayaan dan kejayaan ini. Sesungguhnya Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad telah merealisasikannya bahawa inilah ilmu yang saya cari selama ini. Dalam kursus MMP yang saya hadiri saya belajar mengenal diri. Sebenarnya kita manusia adalah makhluk ciptaan tuhan yang paling HEBAT dimuka bumi ini. Kehebatan Minda Separa Sedar amat hebat cuma kita tidak tahu bagaimana nak terokainya. Penciptaan robot yang diajar oleh Dato’ rupanya banyak manfaatnya. Kalau dahulu sebelum kenal MMP hidup terasa tiada makna dan bosan tetapi setelah mengamalkan teknik dan tips yang Dato’ ajarkan, kini kehidupan ini penuh keceriaan dan warna-warni. Kita sendiri yang mencorakkannya. Perumpamaan mengatakan “Kalau Tak Kenal Maka Tak Cinta”.
Seterusnya saya rasa ilmu yang Dato’ ajar mengajak saya pergi jauh lagi lalu pada bulan Mei 2010 sata melanjutkan ke peringkat Mastery. Dengan gelaran “Master” ini kehidupan saya yang selama ini malap kini terang dan saya nampak arah tujuan serta matlamat hidup saya. Dengan ilmu Mastery ini juga saya rasa boleh tangani apa saja rintangan dan laluan kehidupan saya nampak lebih mudah dan tenang. Kalau dulu sentiasa stress, banyak sekatan dan halangan tetapi kini tiada lagi. Walau apapun badai atau onak yang datang saya boleh atasinya dengan tenang. Kalau dulu mudah mengalah tetapi kini diri ini selalu berkata “Aku Boleh! Aku Boleh dan Aku Pasti Boleh!”. Tidak sesekali mengalah sebelum mencuba. Peluang dan rezeki sentiasa ada dan bertaburan di muka bumi ini.
Saya amat berteima kasih pada Dato’ kerana mengajar ilmu yang luarbiasa hebat ini. Jika kita yakin, kita pasti berjaya. Semuanya bermula dengan minda kita. Bagi anda diluar sana ingin saya menyeru jika anda ingin belajar tentang kekayaan dan kejayaan, MMP adalah tempatnya. Untuk berjaya kita seharusnya mencari guru yang betul-betul berjaya. Dato’ telah berpengalaman selama 11 tahun dalam melopori bidang ini. Walaupun ada kata-kata sinis mengatakan nak jadi kaya kenalah bekerja kuat, mana ada jalan mudah. Itu dahulu, tetapi sekarang tiada yang mustahil. Saya percaya dan amat yakin saya berada di landasan yang betul dan telah memilih guru yang betul. Dilihat dari setahun ke setahun program ini telah melebarkan sayapnya memasuki ke Sabah dan Singapura. Atas permintaan yang tinggi, mungkin suatu hari nanti MMP akan ke Brunei Darul Salam dan ini membuktikan bahawa program MMP ini telah diterima oleh orang ramai. Tidak mustahil kelak MMP mungkin menjadi wadah bagi orang melayu sebagai rujukan atau ilmu untuk menjadi kaya. Saya amat berbangga sekurang-kurangnya MMP adalah gedung ilmu yang dikemudikan oleh oang melayu kita. Dari itu saya amat berharap bahawa pilihan anda diluar sana untuk berjaya dan menjadi kaya adalah tidak mustahil jika anda tahu siapa guru anda. Terima kasih buat Dato’ dan Datin Ira yang banyak membantu kami pelajar-pelajar MMP. Saya Sayang Islam, Saya Sayang Melayu, Saya Sayang MMP dan Saya Sayang Malaysia Negaraku! – RMA Shahnom 013-9225540
______________________________________________________________________________________________________


MMP ILMU PENJANA MODAL INSAN CEMERLANG
Aplikasi ilmu MMP dan teknik yang dipelajari terhadap 2 orang anak istimewanya menghasilkan perubahan yang luarbiasa hebat
AKHIR TAHUN 2006 menemukan saya dengan kursus Mind Power yang kini dikenali sebagai Millionaire Mind Power. Ketika itu perniagaan dan juga perkahwinan saya menemui kegagalan. Pada mulanya saya hanya mencari seorang mentor untuk memberi semangat dan bimbingan untuk kembali berdiri semula. Saya terbaca satu testimoni oleh seorang ahli perniagaan yang tinggal di kediaman saya di Bukit Jelutong, Shah Alam yang tersiar di dalam Majalah Mastika dimana beliau berjaya bangun kembali setelah mengikuti kursus ini. Dalam keadaan kewangan yang terhad dan tawakal serta keyakinan yang tinggi saya terus mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus Mind power ini. Waktu itu tiada program workshop seperti sekarang.
Oleh kerana pada masa itu tidak berapa ramai lagi orang yang mengetahui atau mungkin masih belum mempunyai keyakinan terhadap kursus ini, saya beserta peserta yang lain yang jumlahnya kurang dari 20 orang, jadi kami mendapat sentuhan yang ‘personal’ dari Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Saya masih ingat lagi bagaimana air mata kami peserta-peserta mengalir laju apabila menceritakan masalah yang kami lalui dalam sesi pengenalan. Dato’ merupakan seorang ‘Good Listener’ dan diakhir sesi pengenalan memberi kata semangat dan keyakinan kepada saya dan rakan-rakan yang lain bahawa kami akan menjadi insan yang baru, yang berkeyakinan tinggi dan jiwa yang kental selepas tamatnya kursus pada hari tersebut.
Selepas tamat kursus Mindpower peringkat basic & intermediate saya terus melanjutkan pengajian ke peringkat Advanced dan pada pertengahan tahun 2007 saya melanjutkan ke peringkat Mastery. Mengaplikaskian kesemua ilmu yang dituntut dari Mindpower hingga ke Master telah menjadikan saya seorang yang lebih tabah, lebih berani menyahut cabaran serta berkeyakinan tinggi hinggakan segala rintangan yang mendatang hanyalah satu perkara yang kecil sahaja dan dapat diselesaikan dengan mudah, semudah petik jari sahaja.
Perubahan demi perubahan dalam kehidupan mula saya rasai. Ianya bukan sekadar untuk diri saya sendiri malah kepada anak-anak saya dan juga orang lain. Dalam erti kata yang lain, ilmu MMP ini berjaya mentransformasikan diri saya dari segi Minda, Jiwa dan Roh saya. Saya sedar ilmu-ilmu yang dituntut ini bukan sahaja dapat membantu diri sendiri malah untuk manusia sejagat jika diaplikasikan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Ianya bukan sekadar duit ringgit semata-mata malah lebih dari itu. Dalam masa memperkasakan diri dan membina kehidupan baru saya, saya juga berjaya mengaplikasikan ilmu ini dalam mendidik anak istimewa saya hingga beliau berjaya seperti murid-murid lain. Saya mempunyai 2 orang anak lelaki istimewa, seorang dalam kategori Austisme dan seorang lagi dalam kategori Disleksia. Dengan menggunakan Kuasa Minda, Produk Aura Seri dan Aura Genius, dengan izin Allah s.w.t, pemkembangan pembelajaran kedua-dua anak istimewa ini melampaui jangkaan semua orang terutama anak Autisme saya. Siapa sangka yang beliau berjaya menjadi murid Autistik pertama Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sek. Men, Sains Selangor, berjaya dalam PMR dengan 8A dan terbaharu lulus SPM 2010 dengan mendapat 1A, 3A, 2B dan 3C membuktikan satu pencapaian yang belum mampu diperolehi oleh pelajar Autistik sebelum ini sekaligus menjadikan beliau pelajar Autistik pertama Malaysia berjaya menggenggam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan saya yakin beliau akan menjadi pelajar Autistik pertama yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dalam bidang Fisioterapi yang diminatinya. Begitu juga dengan adiknya, dengan ilmu MMP saya berjaya mendidik beliau dari benci membaca hingga gemar membaca dan belajar. Walaupun beliau tidak secemerlang abangnya tetapi beliau tetap ‘Lulus’ UPSR dan sekarang belajar di Tingkat 3 dalam kelas Inklusif iaitu belajar bersama-sama murid-murid normal dan beliau amat meminati bidang Astronomi. Inilah yang saya maksudkan tadi ilmu MMP dan Mastery bukan sekadar Platform menjana kekayaan dari segi Kewangan dan harta benda malah melahirkan insan yang cemerlang.
Saya amat bersyukur dipertemukan dengan ilmu MMP yang ‘LUARBIASA HEBAT’ kerana ianya memberi satu kepuasan yang tidak terhingga apabila kita dapat menolong orang yang memerlukannya. Dengan ilmu-ilmu ini dan keberkatan serta keizinan Allah s.w.t, saya telah berjaya menyatukan kembali 3 pasangan yan sudah bercerai, mengembalikan hubungan anak dan ibu yang bermasalah, mengembalikan suami yang meninggalkan keluarganya dan juga membantu orang yang menjalani perniagaan yang menghadapi masalah dengan hasad dengki dari pesaing.
Apabila tamat kursus Mastery dan bergelar “Master” memberi satu pengiktirafan kepada diri saya secara tak langsung apabila saya berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Saya menjadi tempat rujukan dan nasihat dan diri ini lebih dihargai dan dihormati. Kursus Mastery yang banyak menjurus kepada penyembuhan membawa seribu makna apabila saya dapat mengaplikasikannya dalam menyembuhkan seorang ahli keluarga isteri saya di Johor pada hari raya tahun lepas. Beliau telah menghidapi satu penyakit misteri dimana sering mendengar bisikan untuk membunuh ahli keluarganya. Kebetulan waktu itu saya berada dirumah mentua saya dan rumah beliau berdekatan, isteri saya meminta saya cuba membantu. Jadi saya berjumpa dengan ibu dan keluarganya yang lain bagi mendapatkan keizinan untuk cuba membantu. Selepas mendapat keizinan, saya bertemu beliau dan menjalankan sesi kaunseling dan seterusnya proses penyembuhan menggunakan “Tenaga Alam Semesta” dan rangkaian produk garam Aura Seri Powersalt. Alhamdulillah sekarang beliau telah sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Kesimpulannya, segala ilmu yang dipelajari di MMP ini sudah pasti akan mengubah kehidupan saya dan rakan-rakan seperjuangan. Percayalah ianya sangat berbaloi-baloi. Pulangan dari segi kewangan juga kepuasan diri. Saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ dan Datin yang tidak jemu-jemu mencurah ilmu dan mentransformasikan diri saya dan rakan-rakan lain dalam memperkasakan ekonomi orang-orang melayu khasnya. I Love Money!!! – RMA Hashim 013-9839352
______________________________________________________________________________________________________
1001 MASALAH MAMPU DISELESAIKAN DENGAN MMP
Perubahan dan pelbagai peluang datang tak henti-henti selepas mempraktikkan ilmu MMP dan terbukti keberkesanannya
ASSALAMUALAIKUM dan salam kasih sayang kepada semua pembaca sekalian. Bersyukur kita pada yang maha Esa kerana saya dapat berkongsi pengalaman saya pada anda semua kali ini. Saya amat bertuah rasanya kerana dibukakan hati ini untuk menerima ilmu yang amat hebat yang diajarkan kepada saya oleh seorang guru yang cukup hebat Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Apa sahaja halangan, cabaran dalam hidup dengan mudah saya atasi. Pada permulaannya saya bekerja makan gaji. Suasana ditempat kerja saya ramai yang mencuri tulang dan ponteng kerja dan negatif. Saya telah menggunakan ilmu yang dipelajari untuk positifkan minda mereka bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan positif, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah dipertemukan dengan pekerja-pekerja yang lebih berdedikasi.dan positif Peralatan pejabat semua saya ‘energy’ kan dan kesemuanya tidak mengalami kerosakan. Setelah itu saya telah diberi peluang rezeki oleh Allah dalam bidang perniagaan. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan Sekolah Memandu. Dengan segala ranjau duri dan cabaran saya hadapi dengan tenang. Berkat kesabaran dan kekuatan diri, dapat juga saya membeli sebuah kereta bagi kegunaan sekolah memandu saya walaupun pada awalnya perniagaan saya bermula tanpa sebarang modal. Dengan segala ilmu MMP inilah saya menghadapi dan menyelesaikan 1001 masalah dalam hidup saya dengan mudah.
Di samping itu juga, saya mengamalkan mandian Aura Cleanser dan Aura Seri bagi membersihkan aura yang kotor dan bermasalah. Selain dari itu juga, saya menggunakan beberapa lagi rangkaian produk keluaran dato yang begitu berkesan kepada keluarga saya dan diri saya, hasilnya amat menakjubkan.
Setiap pagi ketika anak-anak hendak pergi ke sekolah, saya sering menghantarkan ‘energy’ supaya anak-anak mudah menerima segala yang dipelajari di sekolah. Kini prestasi peperiksaan anak-anak amat baik dan cukup memberangsangkan. Oleh yang demikian, saya todak teragak-agak untuk mendaftarkan anak-anak saya ke program ‘Kids Mind Power’ yang dikendalikan oleh Dato’. Ternyata setelah menghadiri Kids Mind Power, prestasi pembelajaran mereka berubah begitu ketara sekali. Mereka kini sudah berupaya mengenal kehebatan ‘Minda Separa Sedar’ dan berjiwa besar. Hebatkan mereka!.
Sebelum ini, saya sentiasa dibayangi dengan pemikiran negatif, tidak mengenal diri dan keupayaan yang ada pada diri ini. Ternyata saya bukan seperti yang dahulu lagi, dari orang ‘Biasa-biasa sahaja’ menjadi ‘Luarbiasa’. Inilah perubahan atau TRANSFORMASI terhebat yang pernah berlaku kepada diri saya. Jutaan terima kasih buat isteri tercinta yang juga bergelar ‘Master’, sudi memperkenalkan dan membuat perubahan yang amat ketara kepada diri saya kini. Setelah saya menghadiri Kursus MMP dan Kursus Mastery. Kini pelbagai peluang datang tak henti-henti kepada saya dari segi peluang projek, rezeki, wang mengalir tanpa henti kepada saya hasil dari teknik ‘Saranan Wang’ dan ‘Robot’ yang cemerlang menjalankan tugasnya. Berkat dari amalan ilmu MMP yang luarbiasa ini telah membuatkan saya tak menang tangan untuk mengajar pelajar-pelajar di sekolah memandu saya. Bukan itu sahaja, kenderaan, tempat tinggal serta kedai saya semua saya ‘energy-kan’ bagi mendapatkan aura yang baik. Saya bersyukur kerana kesemuanya berada dalam keadaan terpelihara dari sebarang kerosakan dan masalah.
Alhamdulillah, saya diberi peluang sekali lagi kerana berkesempatan melangkah setapak lagi ke peringkat ‘Master Healer’ dengan tujuan untuk membantu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Insya’Allah saya akan mempraktikkan ilmu ini dengan penuh rasa rendah diri, syukur dan redha dengan segala ketentuanNya. Semoga diberkatilah perjuanganku ini.
Di akhir kata, jika kita mempelajari ilmu yang hebat, maka hebatlah diri kita ini. Jutaan terima kasih buat Dato’ yang merupakan mentor kekayaan No.1 saya. Datin Ira Ghani serta staff MMP yang tak pernah jemu-jemu memberikan tunjuk ajar serta ilmu kepada saya. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat, nasihat serta tunjuk ajar dan bersedia untuk berubah kepada kehidupan yang lebih ‘Luarbiasa’ selepas ini, bolehlah menghubungi saya di talian 012-4478141 Master Azmy Mohd Yusof.
________________________________________________________________________________
REZEKI MENINGKAT 100%
Peniaga merasakan perubahan mendadak dalam perniagaannya berkat amalan ilmu MMP
SSALAMUALAIKUM dan salam kasih sayang kepada warga MMP khasnya warga Malaysia amnya. Alhamdulillah berkat tekad memburu kejayaan dan kekayaan, saya telah menemui resepi indah MMP dari Prof. Dato Dr. Ibrahim Ahmad dalam mentransformasi serta mengenal diri melalui minda bawah sedar.
Saya seorang peserta yang sukakan cabaran. Setelah saya menghadiri Workshop dan Kursus MMP pada tahun 2010 dan seterusnya Kursus Mastery, perubahan dan keyakinan diri memutar 360 darjah. Dari bertugas dalam sektor kerajaan, sektor swasta dan kini berniaga sendiri, baru saya dapat rasakan ilmu dari Dato’ telah memberikan saya satu kepuasan bersama kejayaan dan kekayaan. Terima kasih sifu yang sebelum ini belum saya ketemui.
Perubahan demi perubahan dirasakan. Dari segi kewangan, rezeki meningkat 100 peratus. Kuasa pembeli dari pelanggan begitu mudah diperolehi. Saya selalunya menerima RM150 – RM200 dalam masa 4 jam perniagaan. Kini telah meningkat sekitar RM400 ke RM500. Satu ketika pernah juga melonjak ke RM1300 sehari. Rahsianya, saya hanya melakukan amalan-amalan positif yang dipelajari di MMP seperti mandian hydroterapi, meditasi, membangkitkan tenaga, membina networking, mengundang daya tarikan, membina robot-robot serta tidak ketinggalan saranan wang bagi membantu dalam perniagaan saya.
Harapan saya apabila mengambil lanjutan Mastery pada tahun yang sama adalah untuk memperbaiki dan mengharmonikan keluarga dan anak-anak yang masih remaja. Sekali lagi terbukti kepada anak saya yang bongsu. Anak saya yang bongsu sememangnya kurang pintar dalam akademi malahan terlalu lemah dalam semua mata pelajaran. Belum terdapat markah ‘A’ dan ‘B’ dalam keputusan tahun lalu. Pada tahun ini, anak saya menduduki peperiksaan Menegah rendah (PMR). Dengan berkat doa dan dan mempraktikkan amalan mastery setiap minggu dan saya niatkan untuk anak saya supaya mendapat kejayaan cemerlang dalam PMR. Alhamdulillah dan bersyukur sekali lagi pada ujian bulan Februari. Terpapar sudah sedikit perubahan diatas keputusan dengan mendapat 1A, 4B dan 3C. Ini menunjukkan peningkatan yang tidak diduga disamping sebaik mewakili sekolah dalam sukan Bola Sepak dibawar umur 15 tahun. Yang paling menakjubkan apabila sekolah anak saya saya telah menjadi johan dibawah umur 15 tahun dengan mengalahkan sekolah projek negeri Kedah dan saya berbangga anak saya telah mendapat 2 kali sebagai pemain terbaik dari sepanjang kejohanan liga dijalankan sehingga ke final.
Perubahan yang besar juga berlaku kepada saya apabila amalan solat sunat di waktu subuh meningkat kerajinannya. Pantang terjaga pada jam 4 pagi, saya tentu menunaikan solat sunat tahjud, hajat, tasbih, yang sebelum ini jarang-jarang saya lakukan. Ini satu ketentuan yang sangat baik seperti saya ini. Seminggu sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali. Saya memanjatkan kesyukuran diatas nikmat, rezeki dan keredhaan kepada yang maha Esa.
Kini saya meneruskan “kerjaya” saya dalam MMP dengan mempelajari “Energy Healing” di Genting Highland. Wow! Betapa hebatnya ilmu MMP ini. Kesinambungannya menerusi Healer (Penyembuhan) kini sudah ada pelanggan pelanggan menanti untuk pemulihan. Alhamdulillah bertambah wang masuk macam air dari bukit di Genting Highland. Tidak sabar rasanya untuk berbakti kepada masyarakat sambil menjana pendapatan.
Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Ibrahim dan Datin Ira diatas pengurniaan ilmu dan juga produk Aura Seri Powersalt bagi meneruskan ilmu kekayaan dan kejayaan. Insya’Allah apa jua ilmu yang mendatang akan saya turuti dan terbukti dengan izin Allah s.w.t.
Sekiranya anda berminat untuk mengubah diri kearah yang lebih baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam mengejar kekayaan, bolehlah menghubungi saya di talian 012-4852066 RMA Zainan.
***********************************************************************************************************************
MMP CETUS SEMANGAT DAN PENDORONG KEJAYAAN
Ibu tunggal bersyukur setelah temui ilmu dan program hebat yang memberi makna sinar baru kehidupannya
ETIAP orang pasti mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Punya anak yang comel dan cerdas akal fikirannya namun adakala semua itu di luar bidang kuasa kita. Hanya Allah swt jua yang berhak menentukan segalanya kerana sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Noor Rahizan Abdul Rahim, 42, dari Kuantan Pahang, tentu tidak pernah menduga akan melalui dugaan yang amat pahit. Hidupnya sering dirundung malang ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.
Kehidupan yang asalnya aman sentosa mula diduga oleh Yang Maha Esa apabila dia berhenti kerja dari sebuah syarikat swasta dan mengusahakan perniagaan nurseri.
Bagaimanapun, kata Rahizan, selama lima tahun dia mengusahakan nurserinya itu, hasilnya tidaklah berapa baik malah ada saja masalah yang timbul sehingga membuatnya hampir putus asa.
“Selepas itu emak pula sakit yang memerlukan jagaan dari saya. Sebagai anak, saya tidak sanggup membiarkan emak bersendirian mengharungi penderitaan.
“Sejak itu saya kurang memberikan tumpuan kepada perniagaan kerana bagi saya keadaan emak waktu itu lagi penting dari segalanya. Selama ini selain suami dan anak-anak, emak adalah kekuatan saya.
“Tidak lama selepas itu emak meninggal dunia dan saya pula hamil anak keempat. Saya dan suami menerima kurniaan dari Allah swt itu dengan rasa syukur yang tidak terhingga kerana mungkin bayi yang bakal lahir ini akan memberi sinar baru selepas apa yang kami lalui.
“Namun, apa yang diharapkan jauh dari apa yang diimpikan apabila bayi yang lahir itu anak istimewa. Ya Allah, dugaan datang lagi. Selang beberapa ketika, suami pula meninggal dunia dan saya terus menutup nurseri kerana tiada siapa yang boleh menjaganya.
“Tinggallah saya seorang untuk membesarkan anak-anak. Hibanya hati tidak terkata. Dalam serba kepayahan dan kesukaran itu saya berusaha untuk membina semangat baru tetapi bagaikan tiada upaya. Lemah sungguh rasanya.
“Apatah lagi dengan gelaran balu, membuatkan saya terasa terlalu kerdil dalam masyarakat kerana orang boleh berkata apa saja. Orang tidak tahu betapa deritanya saya. Setiap hari saya berdoa tanpa henti.
“Masalah datang silih berganti tetapi bukan pula saya menyesali nasib diri. Ini kerana saya menyedari setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya namun kita ini insan yang serba kekurangan. Sekuat mana pun kita, kecundang jua. Tiada tempat untuk saya mengadu.
“Saya terus meratapi nasib diri dan ketika fikiran buntu memikirkan masa depan diri sendiri dan anak-anak yang masih kecil, saya terbaca mengenai MMP (Millionaire Mind Power) dalam akhbar,” katanya.
Lalu tambahnya, tiba-tiba dia berasakan ingin menyertai seminar itu. Mana tahu, dengan menyertai seminar itu, dia akan memperolehi sesuatu. Bagaimanpun, hasratnya terhalang kerana seminar itu diadakan di Kuala Lumpur.
“Dengan keadaan di rumah dan kengkangan kewangan, mustahil saya dapat pergi ke Kuala Lumpur. Saya terus mengikuti perkembangan MMP dalam akhbar dan apabila dapat tahu MMP akan diadakan di Kuantan, saya terus mengambil peluang itu kerana bagi saya inilah detik terbaik untuk saya merubah nasib.
“Alhamdulillah berkat bimbingan pengasas MMP, Profesor Dato’ Dr Ibrahim Ahmad, saya dapat semangat baru. Saya ‘memulakan’ kehidupan saya sekali lagi dan jika sebelum ini saya berasa agak kecewa kerana dikurniakan anak istimewa tetapi perasaan hampa itu tiada lagi.
“Malah saya semakin menghargai kehadirannya dalam hidup ini. Dia banyak mengajar saya erti kesabaran. Sejak saya mula mengenali MMP dan pengasasnya, hidup saya terus berubah menjadi lebih baik.
“MMP mengajar saya supaya sentiasa berfikiran positif. Dengan cara itu saja kita boleh berjaya. Segala rintangan yang datang jangan menganggapnya satu halangan tetapi hadapilah ia dengan ketabahan dan kesabaran, InsyaAllah, suatu hari nanti Allah swt pasti akan menunjukkan jalannya.
“Kini saya bukan saja antara peserta seminar MMP yang aktif, saya juga dilantik menjadi wakil MMP di Kuantan. Saya akan mencari mereka yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar bagi menangani hidup yang penuh cabaran ini,” katanya.
Menceritakan peranannya dengan MMP, Rahizan berkata pada mulanya dia mengikuti workshop dan kemudian untuk memantapkan lagi ilmunya dalam bidang ini, dia berkursus pula sehinggalah dia mencapai peringkat Master. Terus berusaha tanpa mengenal jemu, Rahizan akhirnya dinaikkan taraf sebagai ‘Master Associate’ dan kini dia memegang gelaran ‘Master Healer’.
“Setiap peringkat yang saya lalui itu mengambil masa tiga bulan. Hanya tinggal satu tahap saja lagi untuk membolehkan saya layak menjadi trainer. Insya’Allah, saya akan dapat mencapainya dalam sedikit masa lagi.
“Saya perlu ada ilmu untuk mengajak orang menyertai MMP. Selama saya belajar setiap peringkat kepimpinan dalam MMP, baru saya tahu peluang untuk berjaya sangat luas dan tiada perkara yang terlambat untuk lakukan dalam hidup ini. Semuanya boleh dicapai dengan keazaman yang tinggi. Saya nekad melakukannya untuk keluar dari segala apa yang membelenggu hidup saya selama ini,” katanya.
Jelasnya lagi, dia amat bersyukur kerana MMP berjaya memberi sinar baru dalam hidupnya anak beranak. Sebelum ini pernah juga dia mengikuti seminar mengenai kekuatan minda ini anjuran pelbagai pihak tetapi tidak mendatangkan kesan kepadanya.
“Barangkali juga, saya sesuai dengan MMP kerana ketulusan dan keikhlasan hati pengasasnya yang berusaha membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti saya. Sebagai wakil MMP di Kuantan, ganjaran yang diperolehi juga lumayan.
“Jika sebelum ini, saya cuma dapat tengok kapal terbang di angkasa dan hanya mendengar cerita kawan-kawan bercuti ke sana ke mari.
“Sekarang selepas menjadi ahli keluarga MMP saya berpeluang melancong ke luar negara. Saya dapat naik kapal terbang dan melihat negara orang. Dapat merasai cuaca sejuk di negara empat musim.
“Saya baru saja balik dari Beijing menerusi percutian yang diatur MMP. Kepada mereka di luar sana yang memerlukan bantuan dan bimbingan untuk merubah hidup menjadi lebih baik, sertai MMP kerana anda akan dapat merasai perbezaannya, “ katanya.
Menambahkan lagi kekuatan dalaman dan keyakinan dirinya, Rahizan juga menggunakan aroma terapi Aura Seri yang diilhamkan oleh Datin Ira Ghani yang juga isteri kepada Dato’ Ibrahim.
“Kekuatan dalaman juga sangat perlu kerana aura diri yang ada dalam diri kita boleh menyerlahkan seri wajah dan membentuk keyakinan diri. Apabila kita yakin dengan apa yang ada pada kita, InsyaAllah kita akan dapat melakukannya dan mencapai apa yang dicita-citakan.
“Datin Ira juga baru mengeluarkan produk baru berasaskan garam juga untuk memberi kekuatan dalaman dan menghindari aura negatif. Saya menggunakan ketiga-tiga produk yang disyorkan Datin Ira iaitu, Garam Black Magic, Aura Cleanser dan Diamond Super Kristal.
“Saya tidak mahu lagi hidup dalam kegelapan. Mulai sekarang saya akan terus memandang ke depan. Prof. Dato’ Dr Ibrahim Ahmad dan Datin Ira adalah mentor saya dan mereka banyak mengajar saya erti hidup yang sebenarnya. Semua orang boleh berjaya asalkan ada kesungguhan untuk berubah di samping terus mohon petunjuk dari Allah swt.
Rahizan sangat berterima kasih kepada Dato’ Dr. Ibrahim dan rakan seperjuangan dalam MMP, kerana dengan sokongan mereka dia dapat dapat membina hidup baru tanpa rasa takut lagi untuk berhadapan dengan masyarakat.
Apa yang penting bagi Rahizan kini, dia berazam untuk memberi yang terbaik kepada anak-anaknya dengan menyediakan pendidikan dunia dan akhirat.
Beliau juga sudi berkongsi pengalaman dan ilmu kepada sesiapa sahaja yang inginkan perubahan dari hidup yang ‘Biasa’ kepada ‘Luarbiasa’, dengan menghubunginya di talian 019-9320171 – RMA RAHIZAN
***********************************************************************************************************************
WANG MASUK MACAM PELURU
Rezeki masuk bertalu-talu setelah amal ‘Saranan Wang’ dan ilmu kekayaan di MMP terbukti berkesan
Assalammualaikum dan Salam Kasih Sayang saya ucapkan kepada semua pembaca – pembaca sekalian yang menatap keratan akhbar ini. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita masih bernafas sehingga ke hari nimenikmati limpahan kekayaan rezeki dari-Nya.
Memang aku impikan berkongsi pengalaman dengan semua pembaca sekalian didalam ruangan ini. Tetapi tidak sangka secepat ini. Inilah namanya tarikan yang mana apa sahaja yg anda hajatkan akan terlaksana. Tetapi bagaimana caranya?
Dulu, sebelum aku menghadiri kursus MMP, aku hanyalah org biasa (sekarang luar biasa). Pergi pagi balik malam. Matahari pun kadang aku tak nampak. Kerahan otak dan khudrat yg hanya mengayakan org lain. Sebab apa aku kata begitu. Sebab hidupku berada dalam keadaan stress yg terlampau memikirkan bebanan kerja. Walaupun aku memegang jawatan yang baik dengan gaji yang lumayan tapi otak aku masih serabut dgn bebanan kerja yang tak masuk akal. Kalau ikutkan hati lama dah aku angkat kaki tapi memikirkan hutang aku gagahkan jua.
Akhirnya dengan doa yang tak putus-putus. Allah bukakan hati aku untuk menghadiri Workshop MMP. Bulan Ogos 2010 aku menghadirkan diri dan bertemulah dengan insan hebat bernama Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Persepsi aku tentang kehidupan dan kekayaan telah berubah 360 darjah. Aku dulunya kurang keyakinan diri dan selalu berfikiran negatif telah memulakan langkah pertama dengan menjual kain dan kopi. Aku semakin seronok apabila jualanku laris dan setiap hari wang masuk ke poket aku dari hasil jualan. Dengan mengamalkan saranan wang memang wang masuk macam peluru, tak sempat kita nak elak. Bak kata Dato’ “Jika kita sayangkan wang, wang juga akan sayangkan kita”.
Melihat akan perubahan yg drastik dalam hidup aku. Aku maju setapak lagi dengan meneruskan kursus MMP Advance dan Master pada 17 dan 18 Oktober 2010. Dengan kaedah meditasi dan robot, kerja menjadi semakin mudah dan lancar. Macam ada pembantu pulak. Hebat bukan. Tapi hebat milik Allah tapi kita sebagai manusia dipinjamkan kehebatan itu. ‘Bila minda sudah dirajai, tembok cina pun boleh dibolosi’. Inilah hebatnya kuasa minda kita anugerah Allah S.W.T yang mana akan dipelajari di dalam kursus MMP.
Perkara menerujakan lagi apabila sudah diijazahkan dengan Master, sejak dari itu aku tidak lagi bergelar “Makan Gaji” dengan memulakan perniagaan “Networking”. Alhamdulillah kalau dulu tunggu waktu gaji baru dapat duit tapi kini setiap hari adalah peluang untuk dapat duit. Senang cakap setiap hari adalah hari gaji.
Kini baru aku paham bukan sesuatu perniagaan itu yang menjamin kejayaan kita tapi diri kita sendiri. Jika kita mempunyai ilmu, setiap sentuhan kita akan menjadi dan wang akan mengalir masuk tanpa henti. InsyaAllah. Inilah kehebatan yang akan anda pelajari di MMP. Untuk menambahkan lagi ‘energy’ dan aura yg dipelajari, kami menggunakan produk Aura Seri seperti garam Crystal dan pati Aura Seri.
Kalau dulu aku hanya memiliki kereta buatan tempatan tapi kini mampu memiliki jenama luar Negara. Yang ‘best’ nya selepas memulakan perniagaan networking yang sedang rancak dijalankan.
Terlalu banyak jika ingin aku ceritakan di sini. Pengalaman, ilmu MMP dan gaya pemikiran yang hebat yang bakal merubah anda menjadi hebat juga. Pesanan Dato’ yang masih ku pegang sampai kini “Kekayaan adalah milik semua orang, bukan kepada individu atau bangsa tertentu sahaja tetapi kepada yang benar-benar mahukannya sahaja.”
Di MMP, kami mempunyai semangat dan jiwa yang kental terhadap kekayaan. Tiada lagi istilah “Dalam Hati Ada Taman” yang boleh membantutkan usaha kearah matlamat kami.
Kepada semua pembaca diluar sana yang masih belum merasai kehebatan MMP eloklah mengambil tindakan yang sepatutnya. Pelajari, alami dan rasai getarannya. Hari ini anda membaca pengalaman saya. Akan datang orang lain pula membaca pengalaman kejayaan anda. Tak penting bila kita bermula tapi bagaimana ianya berakhir.
Akhir sekali terima kasih kepada Dato’ dan Datin atas ilmu yang dicurahkan dan kepada semua rakan-rakan MMP. Marilah kita sama-sama melahirkan ramai lagi orang kaya di Malaysia ini secara tak langsung akan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Untuk berkongsi pengalaman dan pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 019-2438626. I Loooove Money!! – RMA Fauzi Hapizin
***********************************************************************************************************************
MENYINGKAP RAHSIA KEKAYAAN SEBENAR DI MMP
Temui segala resepi kejayaan luar biasa hebat yang segalanya bermula di sini
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua. Terima kasih Ya Allah kerana telah memilih saya untuk berada di ruangan ini bersama MMP yang pastinya telah mengubah kehidupan saya ke arah yang lebih positif. Perjalanan hidup yang saya lalui sebelum ini punyai pelbagai persimpangan dan halangan. Adakalanya menjadi terlalu sukar dan hampir menemui jalan buntu, tertekan dengan pelbagai masalah. Lebih memeritkan lagi apabila banyak berlaku dugaan demi dugaan…kegagalan demi kegagalan, bosan dengan hidup, kewangan asyik bocor, kurang keyakinan diri, kerja melambak, penat dan stress macam nak mati, mengeluh dan terus mengeluh (negatif tu). Nak bertukar angin jadi mula berjinak dengan dunia bisnes, tak cukup satu tapi macam-macam bisnes. Lagi parah dan bertambah parah, jangan nak harapkan untung malah modal juga turut lebur bersama angan-angan yang tidak pernah kesampaian. Bak kata Tun Dr Mahathir “perjuangan yang tak akan pernah selesai”. Persoalannya, Sampai Bila??? Bukan nak menuding jari atau lebih-lebih lagi nak menyalahkan sesiapa tapi salah diri sendiri sebab kurang ILMU dan hari ini saya sedar, benarlah kata Dato’ Ibrahim, walau apa jua tindakan yang bakal kita lakukan, “Ilmu Adalah Kekayaan Sebenar”…dan kaya itu sendiri terlalu subjektif serta luas pengertiannya, kaya minda, kaya iman, kaya kasih sayang, kaya wang, kaya budi, kaya akhlak dan sebagainya. Apakah itu “TRANSFORMASI MINDA & KEKAYAAN?” Bunyi macam best jer dan masih belum terlewat untuk saya lakukan perubahan. Saya mula memasang angan-angan dan dek kerana teruja untuk mengetahui dan mendalami Ilmu MMP, maka sejarah tercipta pada tanggal 15 Mei 2010. Saya menghadiri Woksyop MMP di PWTC, KL di mana woksyop tersebut telah berjaya membuka minda serta mengubah corak pemikiran saya tentang WANG, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN yang tidak pernah saya terfikir selama ini. Seterusnya, saya melangkah ke Kursus MMP pada 5 Jun 2010. Di sini saya berpeluang untuk mempelajari pelbagai teknik memprogramkan minda dalam mencapai impian serta meningkatkan kualiti kehidupan. Saya dilatih untuk bentuk pemikiran positif mengenai diri. Fikirkan mengenai perkara yang baik, indah dan cemerlang mengenai diri sendiri. Gambarkan melalui tingkah laku, tutur kata, pakaian, pergaulan dan segala-galanya. Dengan izin Allah jua saya berjaya bergelar ‘Master” pada 27 Jun 2010 dan akhirnya, percutian “MMP Energy Trip” di Langkawi pada Ogos 2010 selama 4 Hari 3 Malam memberikan impak yang hebat apabila dapat bersatu dengan tenaga alam semesta, melakukan meditasi dan segala yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Pengalaman indah yang sukar dilupakan. “Fantastik”. Bersama nekad dan semangat yang baru, saya beri salam pada diri sendiri dan mula katakan “Hai, Kau bukan dijadikan untuk berkeluh kesah. Bangkitlah!” Aplikasi “Robot dan Saranan Wang” disertakan dengan mandian garam, Aura Seri, Aura Genius, Diamond Crystal Salt serta pemakaian Pendant Energy 9$9 ibarat memberikan satu “Tenaga” baru dalam hidup saya. Ilmu MMP sekaligus telah banyak membantu saya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh rasa tenang dan bermotivasi, lebih kreatif dan efektif, lebih disayangi dan lebih dihormati. Segala urusan semakin mudah dan berjalan lancar sebagaimana yang diinginkan. Kuasa Minda Bawah Sedar memainkan peranan penting sebagai “Booster” kepada apa yang saya inginkan. Sebenarnya kita hanya perlu mengaktifkannya kerana ia hanya berada di depan mata. Dengan ilmu yang luar biasa hebat, segalanya mudah untuk dicapai dan dimiliki hanya semudah petik jari. Macam-macam teknik pun ada, Subhanallah! Luasnya Ilmu Allah dan begitulah hebatnya ilmu dan tips yang disampaikan oleh Pakar Transformasi Millionaire Mindpower, Prof Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Gala Dinner pada 24 Disember 2010 di Hotel Seri Pacific, KL pula memberikan pengalaman dan pendedahan kepada dunia Jutawan sebenar, tiada yang hebat melainkan semuanya hebat-hebat belaka dan I LIKE!!!! Seterusnya, Kursus MMP Advance pada Januari 2011, menyingkap tentang kunci dan rahsia kepada kekayaan. Wow!!! Sangat Luar Biasa Hebat! Lawatan di Naza World bersama Dato’ Ibrahim dan Datin Ira membuka lembaran baru lagi “Percaya Pada Apa Yang Anda Percaya” dan segalanya bermula dengan impian. Lawatan yang bertujuan memberikan pendedahan kepada dunia kemewahan dan kekayaan sebenar serta merasai sendiri aura jutawan. Keyakinan berlipatkali ganda jadinya dengan ilmu yang lebih hebat sepanjang tempoh kursus tersebut antaranya Meditasi 7 Tuah dan Kod Sigil. Balik je dari kursus, saya dah tahu apa nak buat dan yang paling best saya dapat rahsia macamana ORANG KAYA MAKIN KAYA. Saya mula mengaplikasikannya dengan penuh rasa keyakinan dan ternyata sangat efektif serta menampakkan impak yang sangat-sangat positif. Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada Dato’ dan Datin yang sentiasa memberikan input terbaik di antara yang terbaik, peluang dan ilmu hebat yang saya tercari-cari selama ini. Di sebalik mengejar impian dengan penuh rasa ghairah, ada segelintir yang mengkritik dan memberikan komen negatif tentang ilmu yang saya praktikkan. Namun ianya tidak melemahkan saya kerana perkara sedemikian sememangnya menyeronokkan dan sudah menjadi lumrah bagi manusia yang suka mengkritik orang lain. Apa yang penting, ada aku kesah? Saya perlu buktikan dan tidak akan sesekali memandang rendah pada diri sendiri. Perjuangan tetap diteruskan. Tak syak lagi, berfikiran positif telah membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan InsyaAllah rezeki pun makin luas. Ya! Memang itulah hakikatnya. Banyak peluang perniagaan yang menguntungkan telah hadir dalam hidup saya dan tanpa disedari ianya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang semakin berkembang. Rezeki yang tak disangka-sangka pulak tu. 24 jam dah rasa tak cukup nak diperuntukkan. Hidup lebih bermakna dan penuh ceria serta harmoni. Syukur Alhamdulillah! Berfikiran positif juga adalah doa yang berpanjangan yang kita panjatkan. Selama berfikiran positif, selama itulah ianya menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Allah. Sesuailah dengan Firman Allah dalam Surah Ibrahim Ayat 7 : “Jika kamu bersyukur atas nikmat-nikmat Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat Ku. Tetapi jika kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa Ku amat pedih..”. Kini saya lebih bersemangat, lebih berusaha, lebih yakin dan bersedia melakukan sebaik mungkin terhadap semua perkara yang sedang saya lakukan dengan penuh optimis. Berkat doa restu ibubapa yang sentiasa menyokong serta dorongan semangat dari mentor terhebat dan warga MMP, semoga rezeki akan terus mengalir tanpa henti dan berada dalam lindungan kasih sayang-Nya sentiasa. Amin!!! Luaskan minda dan sentiasalah positif mengenali diri serta potensi diri. Bertepatan dengan firman Allah, “Bukankah bumi Allah itu luas, maka berhijrah kamu di muka bumi” An-Nisa: Ayat 97. AYUH!!! Kita berhijrah kepada persekitaran dan kehidupan baru bersama MMP yang penuh dengan kasih sayang kerana itulah asas bagi mencapai kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan sebenar. MMP adalah platform yang terbaik mampu menjadikan anda magnet rezeki dalam melestarikan impian. Kita semua berhak untuk menikmatinya. Nak tunggu apa lagi??? Amat berbaloi dan tiada sesalan kerana pelaburan ilmu ini sememangnya tidak pernah rugi malah menguntungkan. Dengan usaha, doa dan tawakkal pastinya saya akan terus maju ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang. Saya, RM Shakirah sedia untuk dihubungi dan berkongsi pengalaman serta ilmu di talian 013-4363688. I Loveee Moneyyy!!!!!!!!!! ***********************************************************************************************************************

MMP PILIHAN SEISI KELUARGA MASA KINI
Kunci rahsia kebahagiaan dan kualiti kehidupan ditemui di dalam kursus MMP
Ubah pemikiran dan ubah kehidupan, itulah ungkapan yang mengubah kehidupan Puan Haleensnah, 37, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini merasakan tatkala diri banyak kekurangan diri, pemarah, sensitif, negatif dan kurang bertoleransi dalam menguruskan hal rumah tangga kini berubah 360 darjah kepada lebih berkasih sayang, menghormati dan menyayangi suami dan anak-anak tersayang. Inilah perubahan yang dicari selama ini, dan terbukti ilmu mengenal dan menyelami diri di MMP adalah rahsia terhebat yang berjaya ditemui dan hasil pembelajaran ini memberi impak yang dahsyat kepada para pesertanya. Beliau berkata lagi bahawa sejak mempelajari MMP pada 24 April 2010 di M Suites Hotel yang lalu, suaminya merasakan banyak perubahan besar berlaku kepadanya. Ketika mempelajari MMP, beliau ada menghantar “Robot” agar suaminya juga menghadiri kursus ini pada masa yang akan datang dan meluluskan pembayaran kursus Mastery yang akan dihadirinya pada keesokan harinya. Tiba pada malam harinya, apa yang dihajati oleh beliau telah dimakbulkan dan suaminya, Encik Zainudin telah meluluskan pembayaran tersebut tanpa banyak alasan yang mana jika apa sahaja yang diminta oleh beliau jarang-jarang diikuiti. Malah yang lebih mengejutkan sekali apabila suaminya sendiri memberitahu bahawa dia akan menyertai kursus MMP ini apabila melihat perubahan besar pada isterinya dan rasa ingin tahu yang kuat tentang program yang hebat ini. Selepas, Puan Haleensnah menyertai kursus Mastery dan Energy Healing, perubahan minda yang positif membuatkan anak-anaknya kini lebih mesra dengannya, penjualan produk Aura Seri menunjukkan kemajuan yang memberansangkan, ramai pesakit yang berjaya sembuh penyakitnya dan keharmonian di dalam institusi kekeluargaanya semakin baik. Berbanding dengan suaminya, Encik Zainudin, 42, yang telah menghadiri kursus MMP pada 14 Jun 2010 yang lalu, merasakan banyak peluang dan rezeki yang tak disangka-sangka malah pendapatannya berlipat kali ganda dari sebelum ini. Jika sebelum ini beliau merupakan pengurus di sebuah cawangan institusi kewangan di Johor Bahru, kini telah dinaikkan pangkat dan kini bertanggungjawab menguruskan 7 lagi buah cawangan sekitar Johor. Inilah impak yang luarbiasa apabila berjaya mengaplikasikan ilmu MMP dan merasai sendiri perubahan yang hebat ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Jika dahulu, menguruskan sebuah cawangan sahaja boleh menjadikan beliau amat-amat tertekan, tetapi selepas menghadiri kursus MMP, beliau amat positif, berkeyakinan tinggi dan merasakan bahawa menguruskan 7 cawangan lagi tidak membebankan dan menjadi lebih lancar dan mudah jika tahu ilmu dan caranya. Malah pekerja-pekerja bawahannya sentiasa membantu dan membuatkan suasana bekerja lebih harmoni, bekerjasama dan semuanya bagaikan sudah teratur dan dipermudahkan. Begitu juga dengan ketiga-tiga anak-anaknya, Nurdiyana, 13, Nurlaila Izyan, 11, dan Nur Irdina, 9 tahun yang menyertai kursus “Kids Mindpower” yang dihadiri pada 15 Jun 2010 tahun lepas berjaya mencernakan minda mereka dengan mengetahui pemikiran positif, mengenal minda separa sedar, mengenal diri, mengenal potensi diri, lebih kreatif, menjadikan mereka sentiasa berkeyakinan tinggi dan meningkatkan prestasi pelajaran. Apa yang membanggakan apabila Nurdiyana berjaya mendapat keputusan 5A 2B di dalam UPSR. Perkara ini membuatkan adik Nurdiyana sentiasa disayangi dan dihormati oleh guru dan kawan sebayanya. Pengamalan berterusan menggunakan Aura Genius olehnya membolehkan Nurdiyana sentiasa berminda cerdas lantas aktif berdaya saing. MMP bukan sahaja membantu dari segi kekayaan sahaja, malah ilmu ini mampu membantu mengharmonikan keluarga di samping mencari kebahagiaan sebenar. Oleh itu, beliau ada menyarankan agar kepada sesiapa yang inginkan perubahan, bawalah bersama seisi keluarga hadir ke workshop MMP. Banyak ilmu, rahsia dan panduan yang boleh membantu kita semua agar berubah daripada “Biasa” kepada “Luarbiasa”. Keluarga mereka telah merasai perubahan ini, anda bila lagi? Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat, berkongsi pengalaman dan ilmu ini bolehlah menghubungi beliau, RMA Haleensnah di talian 012-7462822 ***********************************************************************************************************************

JUALAN MENINGKAT DUA KALI GANDA SELEPAS SEHARI BELAJAR MMP
Perubahan mendadak hasil jualan restoran miliknya hasil dari keberkesanan ilmu MMP yang dipraktikkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Ilmu MMP dan Mastery memang cepat dan effektif. Sebagai seorang pendidik saya terpanggil untuk mengikuti program transformasi diri MMP. Pada awalnya hanya untuk digunakan bagi membantu P & P untuk kawalan kelas yang lebih berkesan, tetapi selepas saya mengikuti modul Dato’ sehingga tahap master kesan yang berlaku sangat luar biasa. Bukan sahaja dapat membimbing pelajar dengan lebih berkesan malah pelajar mudah menerima pelajaran dan dalam kehidupan juga berubah 360 darjah. Untuk para pendidik atau ibubapa atau sesiapa saja saya syorkan mengikuti MMP, kerana dalam kehidupan banyak masalah yang kita perlu hadapi, tidak ada orang yang akan tolong melainkan kita mencari ilmu yang boleh membantu menyelesaikannya, dengan izin Allah dan selalu mempraktik ilmu MMP segalanya menjadi mudah. Selepas mengikuti kursus MMP saya mempraktikkan teknik yang di ajar. Dalam masa sehari sahaja, saya mendapat rezeki yang tak diduga dari sumber yang tak disangka. Restoran Marrybrown di Melaka Mall yang diusahakan meningkat jualan dua kali ganda daripada biasa. Kalau dahulu nak dapat sehari jualan mencecah RM2000 pun susah. Sekarang purata pendapatan jualan harian mencecah RM4000 sehari. Manakala, kaedah robot yang dipraktikan amat memberi impak yang dahsyat kepada perusahaan Maajun Warisan yang saya warisi dari orang tua. Pemintaan berkali ganda daripada yang biasa. Alhamdulilah dengan rezeki yg dikurniakan selepas MMP, saya melangkah setapak lagi untuk mengikuti kursus lanjutan Mastery. Disini ingin saya kongsi pengalaman selepas tamat program Mastery. Semasa mengikuti kursus ini, saya sengaja membawa produk Maajun Warisan tetapi saya biarkan sehingga habis kursus. Tujuan saya untuk menguji keberkesanan ilmu yang Dato’ curahkan saja saja nak menguji keberkesanan ilmu ini seperti yang di war-warkan dalam risalah dan apa yang saya baca di akhbar Metro. Kalau betul saya ingin lihat bukti pada diri saya. Lima minit selepas tamat program seperti yang dijadualkan sekitar jam 6.30 petang, daripada tempat kursus saya mula mempraktikkan ilmu mastery ini untuk memudahkan urusan. Sasaran saya ialah pelanggan yang kebiasaannnya memborong setakat 10 peti sahaja produk saya. Tetapi pada hari itu semua produk saya sebanyak 25 peti habis di borong dan yang lebih mengujakan lagi kalau sebelum ini beliau membayar dengan post dated cek, tetapi pada hari itu beliau membayar dengan tunai yang mana selama 3 tahun berniaga dengan beliau tidak pernah sekali sekalipun pekedai tersebut membayar dengan tunai. Ribuan jugak masuk tu. Seterusnya, pada keesokan harinya saya mendapat berita yang positif lagi, projek perintis antara sekolah dengan institut pengajian luar telah lulus dimana seramai 27 orang pelajar saya telah diluluskan untuk menerima elaun sara hidup sebanyak 300 sebulan selama 10 bulan, disamping itu pembelajaran tahap kemahiran diajar oleh tenaga profesional dari IPT, dan semuanya diberi secara percuma dan saya amat bersyukur sekali kerana di permudahkan urusan ini. Selain itu kalau sakit sakit pun kita boleh rawat dengan kaedah yang di pelajari. Alhamdulilah selain untuk diri sendiri saya sangat bersyukur kerana saya dapat mengagihkan kebaikan yang Allah beri pada saya diagihkan kepada orang yang memerlukan. Seperkara yang menarik tentang MMP, setiap kebaikan yang dilakukan impak positif akan terus masuk dalam diri kita sehingga kita rasa tenaga yang sangat positif dalam melalui apa sahaja cabaran. Lagi banyak kita membuat kebaikan lagi positif aura tenaga yang kita akan dapat rasakan. Percayalah, tidak ada keluh kesah lagi dalam mengharungi hidup sebab semuanya kita nampak seronok dan selesa kerana MMP memberikan kita Impak positif yang sangat luar biasa hebat. Kenalilah dan hadirlah ke Program Transformasi Luar Biasa ini dan inilah program transformasi terbaik yang harus disertai oleh semua rakyat Malaysia. Semua masalah dapat diatasi, kewangan semakin bertambah baik, segala perancangan semakin dipermudahkan, bukankah ini yang diinginkan oleh kita semua? Jika memerlukan khidmat nasihat, berkongsi pengalaman dan inginkan transformasi diri seperti saya bolehlah menghubungi saya, RM Fakhrul ditalian 016-6683279. Semoga anda semua sukses selalu. I Looove Money!!! *********************************************************************************************************************** 
JELAJAHI DUNIA BERSAMA MMP
Peluang melancong ke Beijing mengajar lagi erti kehidupan, kemajuan diri dan kejayaan bersama MMP
Assalamualaikum dan salam kasih sayang. Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada diri saya untuk merasai nikmat kehidupan dan terus menuju kekayaan dan kejayaan. Saat ini, hati saya masih lagi berbunga-bunga gembira setelah pulang dari Le Tour D’ MMP Beijing pada 18hb – 24hb Feb 2011. Satu pakej pelancongan percuma sambil belajar dan pengalaman yang teramat indah yang telah dihadiahkan oleh Prof.Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad pada saya dan 10 peserta bertuah yang lain. Kini impian melancong ke Beijing telah menjadi kenyataan. Jutaan terima kasih pada Dato’ Ibrahim dan Datin Ira yang memang mesra dan sabar melayan karenah kami selama 7 hari semasa di Beijing. Saya banyak mempelajari dan sangat teruja dengan cara kehidupan seharian dan ketekunan rakyat Cina di Beijing dan ternyata berbeza sama sekali, terutama sekali cara mereka mencipta sejarah yang gah seperti Great Wall dan Forbidden City yang diidam oleh seluruh rakyat pelusuk dunia ini untuk mengunjunginya. Melihat cara mereka berniaga, walaupun sudah 10 kali berjumpa, mereka tetap tidak jemu melobi produk mereka. Inilah dia salah satu ciri-ciri untuk menjadi peniaga yang berjaya. Patutlah Nabi Muhamad S.A.W ada bersabda “ Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China”. Insya‘Allah kita akan bertemu lagi Beijing! Transformasi saya bermula dengan menghadiri workshop pada Mei 2010, Kursus MMP 5 Jun 2010 dan seterusnya lanjutan Mastery pada 27 Jun 2010. Perubahan yang hebat saya rasai selepas bergelar Master adalah seperti telah bertukar menjadi seorang yang baru. Tiada lagi perasaan resah gelisah, marah, malas, kurang keyakinan diri dan segala yang negatif. Semuanya berubah menjadi positif. Kalau dulu cakap pakai lepas, selalu menyakitkan hati orang lain, ternyata sekarang saya sudah berubah dan kesannya amatlah hebat. Inilah kehebatan “Law of Attractions” yang saya pelajari di MMP. Saya percaya setiap ayat yang keluar dari mulut kita adalah satu DOA. Jadi kenalah selalu beringat dan bercakap perkara yang baik, indah dan bermakna seperti kekayaan dan kebahagiaan. Insya’Allah. Dulu saya selalu tertekan dengan kerja yang berlambak-lambak di pejabat dan memaksa saya untuk pulang lewat malam setiap hari dan kadang-kadang terpaksa datang kerja pada hari Sabtu dan Ahad, namun kini saya tidak lagi rasa “stress” seperti dulu. Ditambah pula dengan mengamalkan mandi garam Aura dan Aura Seri, saya rasa lebih tenang, lebih ceria, lebih berkeyakinan tinggi dan kegiatan harian saya sehingga saya rasakan semuanya berjalan lancar, dipermudahkan dan sangat berkesan. Bukan berhenti setakat kursus mastery, saya kini sudah bergelar seorang Master Healer. Kursus yang menawarkan teknik penyembuhan menggunakan minda dan alam semesta. Setiap penyakit ada penawarnya. Tenaga Penyembuhan ini ibarat kunci kepada khazanah ilmu dan pengalaman mengenai tenaga dan alam semesta. Ilmu yang membawa kita menerokai chi, aura, chakra, tenaga, teknik pernafasan, meditasi, rawatan jarak jauh dan beberapa teknik khas yang ternyata istimewa dan luar biasa yang boleh diaplikasi pada diri, keluarga, teman-teman dan orang lain. Telah ramai yang membuat rawatan dengan saya dan Alhamdulillah dengan izin Allah mereka semua sembuh dan ceria seperti sediakala. Walaupun pelbagai andaian orang tentang ilmu ini tetapi saya percaya ilmu Allah itu amat luas malah ia amat baik bagi saya. Justeru, urusan harian saya bagaikan diatur untuk menjadi mudah, lebih cepat dan ternyata kehebatannya. Sebelum ini, saya merupakan seorang yang cepat gemuruh apabila berdepan dan berucap di hadapan orang, namun selepas menghadiri kursus ini saya rasa lebih bermotivasi, tenang, dan lebih berkeyakinan diri. Benarlah, inilah dia “Transfomasi” yang saya cari selama ini. Nasihat saya, jika kita bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah di dalam hati: “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.” Kalau hendak berjaya kenalah belajar dari orang yang berjaya. Ya! Saya akan jadikan Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad dan Datin Ira sebagai sifu saya! Jika ingin berjaya buatlah keputusan anda segera. Sekiranya anda ingin berubah dan mengecapi kejayaan dan impian seperti saya, saya RM Kalthum sudi berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar di talian 012-3132371. I loveee moneeyyyyyyy!!!! ************************************************************************************************

PEROLEHI PENDAPATAN 5 ANGKA DALAM MASA 7 HARI SAHAJA
Metro Ahad, 20hb Feb 2011 Assalamualaikum wrt. wbt. Salam kasih sayang untuk semua warga MMP dan pembaca budiman. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana telah memberi peluang untuk saya berkongsi cerita dan pengalaman ini. Sesuatu yg MENAKJUBKAN!!! Itulah jawapan yg mampu saya ucapkan pada masa ini. Program MMP yang baru 2 bulan saya sertai telah berjaya merubah 360 darjah hidup saya. Transformasikan minda saya dari negative ke positif. Ilmu MMP yang saya pelajari banyak membantu tugas-tugas harian saya. Anak perempuan sulung saya yg berusia 8 tahun juga pandai praktikkan apa yang saya ajar, malah anak perempuan kedua saya yg berumur 2 ½ tahun sudah pandai menyanyi “Insyallah..U find the way..” Bagaikan kata-kata keramat bagi saya supaya terus pandang ke hadapan kerana saya dapat rasakan kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan sedang menanti saya. Akan saya sambar semua peluang umpama seekor helang.. Syukur kepada Allah swt kerana telah memilih saya utk menyertai Program MMP yang HEBAT ini. Semuanya bermula pada 06/11/2010 dimana saya telah menyertai workshop MMP di M Suites Hotel, JB yang telah berjaya membuka minda saya. Pada 04/12/2010 saya ikuti kursus MMP dan diajar “Teknik Saranan Wang dan mencipta Robot” yang luar biasa tenaganya. Saya praktikkan apa yg dipelajari, dalam masa cuma 7 hari saya telah perolehi pendapatan LIMA ANGKA hasil dari kerja sampingan yang saya buat. MALATOP!! Hinggakan saya berjaya bergelar “MASTER” pada 09/01/2011. Alhamdulillah..satu-satunya perniagaan GAHARU yang saya mohon dihadapan Ka’abah semasa mengerjakan Umrah pada 16/06/2009 menjadi kenyataan dan menghasilkan pendapatan yang lumayan. Langkawi MMP Energy Trip pada 28hb-30hb Januari 2011 yang disertai hampir 300 peserta RM berjaya mengabungkan tenaga saya dan alam semulajadi dengan bermeditasi. Lakukan sesuatu dengan jujur dan ikhlas dan selalu berfikiran positif, insya‘Allah hasilnya pasti menjadi..semudah petik jari. MONEY comes to me easily. Kini, saya mampu tersenyum dari kereta Hyundai Accent ke Hyundai Sonata yang baru itulah kereta idaman isteri dan anak-anak tersayang yang kami miliki sekarang. Jutaan terima kasih pada keluarga tersayang Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad dan Datin Ira Ghani yg sporting giler, semua RMA, RMH dan RM yg telah membantu saya sehingga berjaya ke tahap ini. Mudah-mudahan dengan menyambut kelahiran usia 45 tahun (06/03/1966) akan datang. Hidup saya bertambah bahagia bersama keluarga tercinta. Terima kasih Allah kerana memilih saya yang pasti bergelar JUTAWAN satu hari nanti. Amin…. Akhir kata dari saya, tak kenal maka tak cinta. Bercintalah dengan MMP kalau tidak anda semua akan RUGI !!! I LOVEEE MONEYYYYY !! dari RM Omar Saif 019-7149019 ************************************************************************************************************************

TERIMA PELUANG PERNIAGAAN BERNILAI RM50 RIBU SEMUDAH PETIK JARI
Metro Ahad, 20hb Feb 2011 Assalamualaikum wrt. wbt. Syukur pada Allah S.W.T. kerana tanpa izin-Nya, tidak mungkin saya berjaya berada sehingga ke tahap ini. Minda Bawah Sedar begitu banyak manfaatnya, cuma kita tidak tahu menggunakannya. Apabila mengetahuinya, tidak dapat dibayangkan HEBATnya kuasa Minda Bawah Sedar kita sendiri. Ianya tidak dapat diluahkan atau ditafsirkan sesiapa, tetapi dapat dirasai di sanubari. Walaupun baru mengikuti program MMP, ibarat pucuk muda yang menghijau, tidak salah rasanya jika berkongsi sekelumit ilmu dengan anda tentang pengalaman saya sejak mengikuti program MMP. Percaya atau tidak, banyak tips yang tiada di luar tetapi diperolehi dalam program MMP. Saya telah mengaplikasikannya dan ternyata sangat efektif. Tanggal 14.11.2010 bermulanya Workshop MMP, saya mula membuka minda dan dapat dirasakan suatu perubahan dalam diri saya. Pada 12.12.2010, saya sertai Kursus MMP dan diajar Teknik ”Saranan Wang dan Robot” yang luar biasa tenaganya. MMP Advance pada 22-23.01.2011 berjaya menjadikan MIMPI saya suatu REALITI, terutama apabila berada di samping Ferrari yang diimpi. Kaedah Kod Sigil yang diajar sangat berkesan setelah dipraktikkan. Begitu juga Kursus Reiki Master pada 16.01.2011, seterusnya ”Langkawi Reiki Energy Trip” pada 28-30.01.2011 yang disertai berjaya menggabungkan tenaga saya dan alam semulajadi dengan bermeditasi. Semuanya bermula dengan MMP. Kuasa minda luar biasa yang dimiliki mampu untuk mengubah sesuatu mengikut gerak hati kita sendiri. Percaya atau tidak, anda dapat wang setiap masa dan setiap hari. Namun, apa jua yang dilakukan, paksinya tetap adalah Allah. Lakukanlah sesuatu perkara seikhlas hati, pasti niat kita Allah sertai. Jauhkan pemikiran negatif dalam diri, barulah perkara positif meresapi ke sanubari. Bermula dengan transformasi minda berjaya membawa suatu perubahan dan diinterpretasikan ke dunia realiti dengan kebolehan sebagai Reiki Master membuatkan saya tidak menoleh ke belakang lagi dalam mengatur langkah setiap hari. Rasa bagaikan Allah telah mengatur segalanya. Saya bersyukur kerana telah mempunyai pekerjaan tetap, berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi dan membantu keluarga dalam perniagaan. Apa yang cukup mengharukan, apabila saya mendapat peluang perniagaan sebanyak RM50,000 semudah petik jari. Inilah yang dikatakan rezeki. Saya percaya anda juga boleh mengikut jejak langkah kami di sini. Positifkan diri dan minda anda untuk berubah. Percayalah, inilah masanya untuk anda lakukan sesuatu bukan sahaja untuk diri, malah untuk insan disayangi. Sampai bila anda ingin berada di zon selesa tanpa memikirkan apa yang akan berlaku di masa hadapan tanpa sebarang persediaan? Saya yakin anda mampu berjaya. Bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jutaan terima kasih pada keluarga tersayang, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad, Datin Ira Ghani, RMA Rahizan, RM Marzita, RM Wan Rozlina, RM Rohaya, RM Fadilah dan semua yang telah membantu saya sehingga berjaya ke tahap ini. Kunjungi blog saya di www.farafadzil.blogspot.com. Untuk maklumat lanjut hubungi saya di nombor tertera dibawah. I LOVEEEEEEE MONEEEEY! – RMA Ramlah @ Farah, Kuantan, Pahang ( 019-9626592 ) ************************************************************************************************************************ 
CAKAR SAMPAH PUN JUMPA DUIT
Metro Ahad 23hb Januari,2011 Usaha wanita bersyukur program MMP yang dihadiri membawa kesan yang sangat positif kepada kehidupan dan kedudukan kewangannya. Salam kasih sayang buat para pembaca. Saya Puan Wan Rozlina binti Wan Talib dari Kuantan, Pahang. Pada 12.12.2010 saya mengikuti kursus MMP, telefon bimbit di silentkan….. di sini bermulalah misi “Transformasi Minda” untuk melalui jalan yang selama ini tidak pernah saya terokai. Benarlah kata Dato’ kalau nak belajar ilmu buat kuih, pergilah belajar dengan pakar buat kuih, tapi kalau nak tahu ilmu bagaimana nak kaya belajarlah dengan Pakar Yang Memang Dah Jadi Kaya… Dalam hati saya, saya memang nak kaya! Dalam Minda saya, saya memang akan Kaya! Dalam proses mentransformasikan diri… saya tak habis-habis mengesat air mata… bukan airmata yang disengajakan, Tetapi airmata penuh dengan seribu harapan.. Harapan untuk Kaya. Saya Terharu teramat sangat kerana sebelum ini tidak pernah diketemukan tentang kursus seperti ini. Hebat! Terlalu hebat! Kalau Dato’ boleh kaya kenapa saya tak boleh kaya?.. saya mesti boleh jadi kaya. Selapis demi selapis tentang diri ini.. baru kukenali. MMP mengajar diriku bagaimana menyeru kekayaan.. Rupanya baru ku fahami nak kaya senang jer…semudah petik jari. Aku kaget seketika, seolah-olah seperti direkacipta oleh Allah tentang saluran kekayaan. Semasa dalam kursus diajar bagaimana Minda Bawah Sedar digerakkan. Aku rasa memang hebat. Apa tidaknya, habis je kursus telefon bimbit di ON bunyinya. Tolak je pintu dewan, telefon berbunyi tak berhenti dengan pertanyaan ada saja yang bertanyakan tentang perkhidmatan pakej kahwin dan foto studio. Sebelum ini ada menyatakan bahawa tak nampak pun kedai u! Saya lalu kat sini hari-hari tapi tak perasan kedai ni buka. Sekarang orang dah mula nampak …! Alhamdulillah, Syukur kepada Allah… Untuk yuran MMP cukup dengan melayan panggilan telefon sepanjang tempoh sekembali dari kursus. Aku dah set dalam minda bahawa aku akan dapat duit setiap hari, di kedai ada saje pelanggan dan setiap hari suami hulur duit, tak banyak pun… tetap ada. Basuh baju dalam poket baju suami ada duit, basuh seluar suami… seluk poket seluar suami, jumpa duit. Hairan dan ajaib dari mana datangnya duit tu. Paling tidak aku turun ke tanah mencakar sampah pun… aku jumpa duit! Tak banyak…cuma 25 sen saja. Pun duit jugak kan! Dalam beg duit aku, pun macam ada je..duit lebih, pendek kata hidup aku kini dikelilingi oleh duit sahaja!. Memang menjadi! Setting Mind Biar Betul, Setting Mentor Biar Betul…! Wang kini mengalir tanpa henti padaku. Tak pernah aku alami benda sebegini seumur hidup aku. Tak sia-sia aku pergi kursus MMP ini dan amalkan teknik mengundang rezeki yang dipelajari di MMP. Rupanya seronok ye kalau menerima wang setiap hari. Fuhhh!!! Best Giler! Maaf ye, kadang-kadang penat kita terkejar-kejar ke sini ke sana kononnya ada ilmu atau insan yang dapat membantu kita. Namun hampeh! Balik balik sama saja jawapannya, tetap pokai dan tak meninggalkan kesan. Mungkin bukan rezeki kita kot… Tapi di MMP ini aku tengok perjalanannya lain macam sikit, aku serasi…pendekatannya sangat positif, progresif, kreatif dan sensitif terhadap permasalahan kita. Terus menyentuh hati dan sanubari aku bahawa inilah yang aku cari selama ini. Syukur Alhamdulillah. Maka aku takkan menoleh lagi dan terus maju kehadapan berkat dorongan bimbingan doa dari Mentorku juga energi-energi positif dari sahabat di MMP. Terus terang aku katakan, program ini betul-betul mengubah diriku. Anda Bagaimana? Jangan tunggu lagi! Daftarlah diri anda untuk kursus MMP. Untuk bakal pengantin di sekitar Pantai Timur terutamanya daerah Kuantan yang bukan sahaja ingin cantik, tetapi juga ingin kaya raya. Saya bersedia berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan, sila hubungi saya di talian 013-9324344 ************************************************************************************************************************

BANGKIT KERANA ILMU…
Metro Ahad 16hb Januari, 2011 KALAU tidak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya. Tanpa usaha juga, rezeki tidak akan datang menggolek. Begitulah situasi yang dialami Bakri Mohammed, 53 dari Kampung Jejawi, Perlis yang melalui jatuh bangun dalam perniagaan yagn dibina bersama isterinya. Namun segala kesulitan itu dapat diatasi selepas dia dan isteri menyertai kursus Millionaire Mind Power (MMP) pada 18 Disember 2004 yang ketika itu hanya dikenali sebagai Mind Power (MP). Curahan kata semangat dari pengasas MMP, Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad, berjaya menaikkan semula semangat Bakri untuk membangunkan semula perniagaannya yang hampir lingkup itu. Segalanya bermula apabila dalam menghadapi ujian hidup yang bertimpa-timpa dengan semua perniagaannya hampir ditutup satu persatu, dia terbaca mengenai Mind Power. Dengan hasrat ingin bangkit semula dari kegagalan yang membelenggu diri, Bakri dan isteri sanggup menaiki bas dari Perlis ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai Mind Power. Cerita Bakri, dengan semangat yang membara, dia menaiki bas dari Perlis ke Kuala Lumpur dan sebaik saja selesai kursus sehari, malam itu juga dia balik ke Perlis. “Selepas menyertai kursus itu baru saya sedar kita tidak menggunakan sepenuhnya minda kita untuk mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Barulah saya tahu minda bawah sedar memainkan peranan penting dan menjadi penggerak kepada apa yang kita ingin kita lakukan. “Sampai sekarang saya masih teringatkan segala kata-kata sokongan, nasihat dan perangsang daripada Dr Ibrahim. Antara katanya, untuk berjaya kita mesti kena banyak bersabar, jangan gelojoh, jangan menoleh ke belakang dan usah patah semangat. Pada setiap kegagalan pasti ada kejayaan yang menunggu. “Sepanjang perjalanan balik ke Perlis, kata-kata Dr Ibrahim itu terus terngiang-ngiang di telinga saya dan sudah tidak sabar untuk berusaha membina semula perniagaan. Bagaimanapun untuk berjaya, kita mesti ada ilmu barulah apa yang kita lakukan membuahkan hasil. “Oleh itu melihatkan kejayaan saya hari ini, saya sarankan kepada mereka yang masih tercari-cari arah dalam hidup ini, sertai MMP yang menyediakan pelbagai ilmu kejayaan. Saya bersyukur kerana melabur wang pada tempat yang betul dan Dr Ibrahim ikhlas ‘menurunkan’ ilmunya kepada peserta kursus kerana dia ingin melihat orang Melayu berjaya di negara sendiri,” katanya. Imbas kembali kisah hidup Bakri, dia tidak berpendidikan tinggi. Tamat sekolah dia terus bekerja sebagai pelayan pejabat dan kemudian menjadi pembantu am rendah di Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Tidak puas hati dengan pendapatan yang diperolehi dia mohon pula jawatan posmen di Pejabat Pos Besar Pulau Pinang. “Ketika itu saya sudah berkahwin dan dikurniakan empat anak (dua lelaki, dua perempuan). Kemudian saya berkerja di klinik namun saya masih tidak dapat lari dari belenggu kesusahan. “Selepas itu saya berniaga air kacang soya yang diproses sendiri dan dijual di pasar malam. Alhamdulillah perniagaan itu mendapat sambutan yang baik. Bagaimanapun perniagaan saya sering terganggu kerana saya gagal mendapatkan bekalan soya yang mencukupi. “Maka saya terpaksa menebalkan muka minta bantuan kawan baik untuk membeli peti sejuk. Saya mula berniaga ais batu yang dihantar ke kedai dengan motorsikal. Melalui usaha tanpa mengenal jemu itu saya berjaya membeli van terpakai. Untuk melancarkan perniagaan ais batu itu saya menggaji dua pekerja. “Saya hanya mampu menggaji mereka sedangkan saya tidak pernah mengambil gaji untuk diri sendiri. Isteri saya seorang pesara guru sanggup menjual tanah untuk menambah modal perniagaan itu. Dalam pada itu saya juga mendapat bantuan dari Kementerian Wilayah dan Luar Bandar membeli mesin ais lima tan di samping modal pusingan oleh Bank Islam Cawangan Kangar,” katanya. Apabila perniagaan yang diusahakan mula menampakkan hasil, dugaan pun datang apabila berlakunya persaingan harga dan tiada permintaan untuk ais batunya. “Perniagaan kedai runcit juga bermasalah. Hati kami tersangat runsing kerana tidak tahu hendak buat apa bagaikan tiada jalan keluar lagi. Sehinggalah pada suatu hari saya dan isteri terbaca iklan mengenai Mind Power. Alhamdulillah Allah swt makbulkan doa kami dan membuka peluang kepada kami sekali lagi. “Sekarang saya sudah memiliki 21 lori menghantar ais batu milik sendiri dan 2 mesin ais berkapasiti 20 tan. Saya juga mengusahakan kedai roti, Beseri Bakeri Sdn Bhd di Taman Melati, Perlis. Perniagaan bakeri bertambah maju dan saya akan membesarkannya lagi, saya juga bersyukur kerana anak-anak banyak membantu dan turut serta dalam perniagaan ini,” katanya. Bakri juga berbangga apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) memilihnya sebagai Usahawan Berjaya Sektor Pembuatan Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2006. “Jika dulu saya hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM60,000 sebulan sekarang saya sudah berjaya dapat RM170,000 sebulan. Terima kasih kepada Prof Dato’ Dr Ibrahim Ahmad yang banyak membantu merubah hidup saya sehingga berada pada tahap sekarang,” katanya.Ternyata MMP cukup berkesan pada kehidupan dan perniagaan saya. Benarlah kata orang tiada yang mustahil andai kita percaya dan berusaha terserah kepada kita untuk memilih jalan yang mana dan saya telah memilih jalan saya iaitu MMP. Bagaimana dengan anda???? -Hj Bakri 019-4422455
***********************************************************************************************************************

RM47 RIBU BERKAT ILMU MMP & GUNA AURA SERI
Metro Ahad 9hb Januari, 2011 Assalamualaikum w.b.t. Bersama semangat baru masih belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 pada warga Millionare MindPower dan pembaca sekalian. Saya mempunyai perniagaan percetakan sendiri. Biasalah adat berniaga ada masanya kita akan tertekan dengan prestasi kewangan yang terganggu dan menurun. Kebocoran wang yang teruk seakan ada sekatan dan halangan yang menyebabkan segalanya kurang menjadi. MMP sebuah program yang diperkenalkan oleh adik saya RM Kalthum. Di sebabkan saya seorang yang negatif menjadikan rasa tidak begitu yakin dan sukar menerima perubahan yang tidak logik. Tertanya-tanya apa yang logiknya bila duit boleh datang semudah “petik jari”? Ikhlas saya katakan kehadiran saya ke workshop MMP pada bulan puasa tahun lepas adalah tidak sepenuh hati dan adalah pakatan dari ahli keluarga terutama ibu dan isteri saya, dan saya mengambil masa yang agak lama untuk menghadiri kursus seterusnya. Menghadiri Kursus MMP December 2010 di Legend Hotel adalah titik permulaan berubahnya pemikiran saya. Bermula dengan mencipta “ROBOT” dan menggunakan Aura Seri setiap hari tahap keyakinan diri semakin meningkat. Ternyata hebat dan “Transfomasi” luar biasa. Seminggu selepas kursus dengan izin Allah, saya telah menerima projek RM30,000.00, RM17,000.00 dan semakin bertambah sehingga ke hari ini. Syukur Alhamdulillah. Sehinggakan terpaksa menambah tenaga kerja untuk menyelesaikan kerja yang bertambah. Teruja dengan perubahan ini pada hari yang sangat bertuah (seperti kata Dato’ Ibrahim “tarikh keramat”) 01.01.2011, bertempat di Hotel Seri Pacific, saya mengambil keputusan untuk menghadiri ke kursus tahap yang lebih tinggi. Memang terasa sangat berbeza! Dengan fikiran yang positif , tenaga jiwa dan minda yang tinggi saya dapati mudah mencapai segala impian. Kini saya merasa lebih bersyukur, tenang dan bahagia. Minda bawah sedar adalah satu anugerah Tuhan pada kita semua telah saya gunakan dan ianya sangat dan teramat berkesan. Baru saya faham, segala-galanya akan jadi mudah jika kita mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa berbaik sangka. Program MMP ini banyak mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik, menerapkan nilai-nilai pemikiran murni dan bagaimana memelihara pemikiran, perasaan dan tindakan. Semuanya kearah yang positif, optimis dan kreatif. Saya tidak pernah berjumpa mana-mana program sehebat MMP ini. Inilah program yang melakukan “Transformasi” yang sebenar. Ilmu sehebat gurunya. Hadirlah pasti anda tidak akan menyesal. Insya-Allah. Jangan buang masa dan jadi seperti saya yang dahulu negatif dan rugi. Rebutlah peluang keemasan ini dan jangan berlengah lagi. Kejayaan tidak menunggu kita, tetapi kita yang harus mengejar dan menghampirinya. Selangkah anda ke MMP, sejengkal lagi anda akan mencapai impian dan menuju destinasi. Betullah kata Dato‘ bahawa “Apabila kita mengubah pemikiran, maka kita telah mengubah kehidupan”. Sekiranya anda telah berusaha tetapi belum lagi mencapai kejayaan dan kekayaan, ini bermakna ada lagi rahsia yang masih belum anda ketahui. Nasihat saya, datanglah ke program Millionare MindPower dan timbalah ilmu dari Dato’ supaya kita sama-sama akan menjadi lebih bahagia, kaya dan tenang. Jangan hanya tunggu dan lihat. Bertindaklah segera dan bebaskan diri anda dari belenggu kesusahan dan kemiskinan. Sekian, Terima Kasih, Salam Kasih Sayang -RM Zainal Abidin 0163628211, 0193628211 ******************************************************************************************* 
WANG BERGANDA-GANDA SETIAP HARI
Matro Ahad 2hb Januari, 2011
Kebanyakan dari anda yang berada di sini sudah mati, cuma masih belum dikuburkan”, lebih kurang begitulah kata-kata Prof. Dato’ Dr. Ibrahim kepada peserta-peserta Workshop MMP di Hotel Seri Pacific pada 31hb Ogos 2010 lalu. Saya yang turut hadir ketika itu merasa tersentak apabila mendengar kata-kata beliau. Merenung ke dalam diri, itulah yang pernah berlaku kepada saya sebelum itu. Lantaran tekanan dan pelbagai masalah yang menimpa, hidup saya bagaikan hilang seri seakan lupa rasa bahagia. Namun, dengan kata-kata nasihat dan ilmu serta kasih sayang yang ikhlas yang dicurahkan oleh Dato Ibrahim kepada kami, saya jadikan sebagai peransang dan kekuatan untuk merubah kehidupan saya. Bermula dari Workshop MMP pada 31hb Ogos 2010 dahulu, saya lihat kebesaran Allah.Saya sematkan dalam hati akan ayat “Kun Fa Ya Kun”. Maknanya, “Apabila Allah mengkehendaki sesuatu , hanya dengan perintahnya “Jadi”, maka jadilah ia. Saya berazam untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk dunia dan akhirat. Selepas habis workshop, saya telah pergi ke pasar Ramadhan. Seingat saya, selepas berbelanja, baki wang dalam dompet cuma tinggal RM20. Secara kebetulan, pada malam harinya, saya telah membuka dompet dan melihat baki duit saya sebanyak RM30 dan mengandaikan bahawa saya telah tersilap kira baki duit ketika berbelanja di pasar Ramadhan pada siang hari tersebut. Pada keesokan pagi ketika baru sampai di pejabat, hati bagai ditarik-tarik untuk melihat dompet. Alangkah terkejutnya saya, duit tersebut telah bertambah sebanyak RM10 menjadikan jumlahnya sebanyak RM40. Dan keajaiban tersebut telah berulang lagi sehingga rasakan berganda-ganda setiap hari untuk kali ketiga. Ketiga-tiga keping not RM10 tersebut kelihatan masih baru. Nilai duit tersebut mungkin tidaklah sebanyak mana, namun saya ceritakan sebagai ikhtibar. Dengan izin Allah, rezeki boleh datang tanpa disangka-sangka dan dari sumber yang juga tanpa disangka-sangka. Inilah keberkesanan MMP apabila sentiasa mengamalkan teknik “Saranan Wang” setiap hari dan yakin tentangnya. Selepas kursus MMP pada 26hb September 2010 di PWTC, hidup saya makin berubah. Walaupun kerja semakin berlambak-lambak di pejabat dan memaksa saya untuk balik lewat malam pada setiap hari dan datang kerja pada hari Sabtu dan Ahad, namun saya tidak lagi rasa “stress” seperti dulu sejak saya mengamalkan mandian garam dan Aura Seri. Saya masih lagi boleh rasa tenang dan tak lagi rasa terlalu terbeban.Teknik “Robot” yang Dato‘ ajarkan pada kami sedikit sebanyak telah membantu kerja saya dan kini saya sudah mampu mempraktikkan “kuasa minda bawah sedar” ini dalam kegiatan harian saya sehingga saya rasakan semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan dan berkesan. Alhamdulillah, berbanyak syukur saya pada Allah kerana dipertemukan lagi dengan Dato Ibrahim untuk kursus “Reiki” pada 24hb November 2010 di Hotel Seri Pacific KL. Saya dapat rasakan semakin bertambah perubahan yang positif dan yang lebih baik dalam kehidupan saya. Melalui “Reiki” yang saya gunakan dalam kehidupan harian, saya rasa seronok. Walaupun pelbagai andaian orang tentang reiki tetapi saya percaya ilmu Allah itu amat luas malah ia amat baik bg saya. Justeru, urusan harian saya bagaikan diatur untuk menjadi mudah, lebih cepat dan ternyata kehebatannya. Antaranya, makanan yang terlebih masin, dengan izinNya, menjadi kurang masinnya. Malah saya telah gunakan kaedah tersebut kepada kereta saya. Selama ini, jika mengikut rutin, minyak kereta saya hanya mampu bertahan dalam seminggu lebih. Tetapi, melalui kaedah tersebut, minyak kereta saya mampu bertahan selama hampir sebulan. Jimatkan! Melalui berbagai pengalaman yang saya lalui selepas mengikuti kursus yang dikelolakan oleh Dato’ Ibrahim, saya mengesyorkan kepada para pembaca, ikutilah kursus-kursus MMP yang menakjubkan ini kerana ilmu yang diajarkan oleh beliau boleh dimanfaatkan untuk seumur hidup. Saya sedia berkongsi cerita dan pengalaman yang saya alami di talian 012-2887419 (RM Zarina)
*******************************************************************************************

MMP MELESTARIKAN IMPIAN DAN KEHIDUPAN
Metro Ahad 19hb Disember, 2010
Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua. Pertama sekali kami ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi kesihatan dan peluang kepada kami untuk terus berusaha mencari kejayaan, kekayaan dan keredhaannya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada mentor kekayaan kami, Prof Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad kerana telah mencurahkan rahsia ilmu kejayaan dan kekayaan kepada kami. Kami bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Saya hanya pekerja biasa yang berkerja makan gaji. Manakala waktu itu isteri suri rumah sepenuh masa. Atas desakan dan kos sara hidup yang semakin meningkat pelbagai usaha kami lakukan untuk menambah pendapatan tetapi masih gagal. Pada 2007 akhirnya berkat kesungguhan kini kami mampu memiliki butik pakaian sendiri yang diuruskan isteri sepenuh masa. Alhamdulillah perniagaan kami mendapat sambutan yang baik dari pelanggan. Namun dugaan dan halangan sentiasa menduga. Kebocoran wang sering berlaku serta kekadang buntu apa lagi perlu dilakukan untuk terus berjaya. Masalah kewangan tetap juga terus menghantui diri kami. Sehinggalah hati kami tergerak untuk menghadiri bengkel MMP pada 21.08.10 dan seterusnya hingga keperingkat Reiki. Ternyata sungguh hebat penangan ilmu MMP. Dari situ kami mula mengenali dengan mendalam rahsia diri dan alam. Rupanya kita ini sebenarnya telah dianugerahkan sesuatu yang amat berharga dan berkuasa iaitu kuasa minda. Kita manusia lebih banyak menggunakan kudrat dari kuasa minda untuk berjaya namun hanya sebilangan kecil yang berjaya. Kami terus mempraktikkan teknik kuasa minda yang diajar Dato’ serta beberapa teknik seperti menggunakan teknik robot dalam kehidupan seharian. Lembaran hidup kami mula berubah. Kehidupan kami kini terasa lebih mudah walaupun masih baru mempelajari MMP. Antaranya pernah urusan menunaikan cek yang sebelum ini mengambil masa 3 hari bekerja, sedangkan kami amat memerlukan tetapi telah selesai dalam sehari. Itu pun jatuh pada hari cuti. Peluang untuk menambah cabang perniagaan mula datang tanpa diduga oleh mereka yang tidak dikenali. Kami mula dapat rasakan wang mengalir tanpa henti dan diduga. Saya pernah menerima sejumlah wang misteri dalam akaun bank diluar musim gaji. Pada awalnya menyangka mungkin imbuhan dari syarikat tempat saya bekerja. Tetapi selepas bertanyakan rakan sekerja mereka tidak pula menerima apa-apa wang dalam bank. Kemudian saya beranggapan mungkin pelanggan ingin memesan barang dari butik, namun tidak pula menerima sebarang panggilan selepas hampir sebulan dan akhirnya saya beranggapan ini rezeki Allah. Perniagaan kini bertambah baik, maju dan lebih teratur. Isteri juga turut menggunakan Aura Seri dan ternyata begitu hebat. Dengan kuasa Allah, energy aromaterapi science Aura Seri yang diformulasikan Dato’ memang sangat berkesan. Ianya menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan karenah pelanggan. Produk Aura Seri yang lain juga kami cuba kepada orang tua kami seperti produk Garam Kristal Aura Seri Powersalt. Memang berkesan dan menunjukkan perubahan yang ketara. Darah tinggi dan kencing manis yang dahulunya tidak menunjukkan perbezaan walaupun berpantang, kini mula menurun setelah hampir sebulan mengamalkannya. Inilah pelaburan ilmu kekayaan terbaik dan anda juga seharusnya begitu. Kami kini semakin bersemangat untuk terus berusaha sebagai usahawan dan seterusnya jutawan bukan lagi khayalan dengan MMP. Dengan teknik kuasa minda, sentiasa bersangka baik, berfikiran positif dan terbuka kita mampu mencipta serta menikmati apa jua perkara yang dianggap mustahil sebelum ini. Jika Allah berkehendak sesuatu perkara, ianya mungkin mustahil bagi manusia biasa tetapi tidak padanya. Wang bukanlah segalanya, namun segalanya memerlukan wang dan tukarkanlah wang kepada kasih sayang. Sertailah MMP hari ini dan jadikanlah kejayaan, kekayaan dan jutawan milik anda. MMP mampu melestarikan impian dan kita semua berhak menikmatinya. I LOOOVE MONEY!!!… Kami sedia dihubungi dan berkongsi pengalaman dengan anda ditalian 013-9385802 RM Fallah dan RM Yatie
************************************************************************************
MAKIN HARI REZEKI MAKIN MENJADI
Metro Ahad 12hb Disember, 2010
PADA 2003, Marlina Ramli, 33, pernah membuka kedai makan. Namun adat orang berniaga, apabila maju sedikit ramailah yang akan membuat angkara. Justeru, jangka hayat kedai itu tidak panjang akibat rasa cemburu dan busuk hati orang sekeliling. Bagaimanapun, waktu itu tiada apa yang dapat dilakukan olehnya melainkan terpaksa menamatkan saja perniagaannya itu. Walaupun sedih mengenangkan apa yang berlaku namun Marlina terpaksa tabahkan hati untuk kembali memajukan diri dengan mencari pekerjaan baru demi hasrat membantu suami dan memastikan dua anaknya dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Oleh itu pada 2008, Marlina nekad bekerja sebagai jurujual kereta di Kuala Lumpur namun kerana kurang pengalaman dalam bidang jual beli kereta, pendapatannya bulanannya hanya cukup makan saja. “Saya tidak gembira dengan apa yang diperolehi tetapi saya buntu macam mana hendak memikat hati pelanggan supaya membeli kereta yang saya rekomenkan. Apabila pelanggan menolak cadangan saya, saya mula rasa rendah diri dan keyakinan diri terus hilang. “Pernah juga saya menyertai pelbagai program motivasi diri namun tiada perubahan. Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai kursus MMP (Millionaire Mind Power) yang dikendalikan oleh Profesor Dato’ Dr Ibrahim Ahmad dalam akhbar. “Lalu saya bertanya dalam hati, apakah istimewanya kursus itu sehingga sambutannya amat menggalakkan sekali. Tentu ada yang menarik mengenai MMP dan apa salahnya saya mencuba nasib sekali lagi. “Maka tanpa berlengah saya mendaftarkan diri mengikuti kursus MMP dan selepas beberapa siri kursus saya mula mendapat semangat baru yang sebelum ini tidak saya rasai. Mendengarkan siri ceramah, motivasi dan segala petua yang diberikan Dato‘, selama ini kita tidak menggunakan segala kelebihan diri yang Allah swt berikan pada kita. “Kita hanya menggunakan sebahagiannya saja. Rupanya setiap manusia diberi satu lagi kuasa iaitu kuasa minda. Prof. Dato’ Dr Ibrahim menyarankan peserta MMP menggunakan teknik robot di mana kita bayangkan tenaga dalam diri sebagai robot dan kita kerah dia bekerja. Oleh kerana kita tidak dapat melihat bentuk tenaga itu maka kita perlu berimaginasi. “Sebaik saja saya tamat kursus MMP, saya terus praktikkan apa yang disarankan oleh beliau dan Alhamdulillah, ia menjadi. Memang saya tidak menduga sama sekali, sekarang saya mampu menjual hampir 30 buah kereta sebulan di mana saya mampu memperolehi pendapatan melebihi RM30,000 sebulan,” katanya. Tambah Marlina, setiap hari keyakinan dirinya semakin bertambah dan dalam pada itu impiannya untuk membuka semula kedai makan, tidak pernah padam dari kota fikirannya. Oleh itu selepas yakin yang kali ini dia akan berjaya, Marlina membuka semula perniagaan kedai makannya. Dengan menggunakan segala ilmu yang dipelajari dalam kursus itu, setiap hari jualan di kedai makannya laris. “Saya sangat bersyukur dan saya sarankan kepada mereka yang ingin mengubah nasib diri dan keluarga, sertai MMP. Memang saya akui, sekarang banyak pihak menawarkan pelbagai bentuk kursus minda tetapi ada yang bertujuan untuk mengaut untung semata-mata. Duit habis, hasilnya tidak nampak. “InsyaAllah, jika ada rezeki saya bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan makanan ini,” katanya. Marlina yang terus memandang hari mendatang dengan minda positif, dia kini meneroka satu lagi perniagaan iaitu membuka kelas belajar memandu. Perniagaan yang biasanya diceburi oleh kaum lelaki. Lebih membahagiakan Marlina apa yang dilakukannya, mendapat dorongan dan sokongan suaminya tercinta. Untuk menambah lagi keyakinan diri, Marlina juga memakai Aura Seri. “Kesannya saya bertambah yakin diri dan orang pun suka cepat mesra dengan saya. Untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya, kita perlu ada aura yang baik, mudah mesra dengan orang ramai dan mempunyai penampilan yang menarik. “Bukan saya tidak mahu berubah tetapi dulu saya takut untuk melakukan perubahan sebab saya tidak yakin. Sekarang saya berani untuk melakukan perubahan itu demi kemajuan diri dan perniagaan yang diusahakan hari ini,” katanya. Beliau juga sudi berkongsi pengalaman dan pandangan hubungi 017-6050227.
*********************************************************************************
MMP ILMU PALING LUARBIASA HEBAT
Metro Ahad 28hb November, 2010
MESKIPUN dilahirkan tanpa anggota badan yang sempurna, namun kekurangan itu tidak pernah mematahkan semangat Fauziah Abdul, 37 untuk mengejar kejayaan dalam hidupnya. Malah kekurangan diri itu dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk dia mengecapi kejayaan seperti orang lain. Merantau dari tanah kelahirannya di Perlis, Fauziah terus memahatkan impian dan cita-cita untuk merubah kehidupannya dan keluarga di kampung. Untuk memulakan kehidupan di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang mudah tambahan dia tidak mengenali sesiapa pun di kota kosmopolitan ini. Hanya kesabaran dan kecekalan hatinya yang membuatkan dia kuat untuk memulakan kehidupan baru. Dia berazam sekali melangkah, takkan dia berpatah balik ke kampung halamannya tanpa diiiringi dengan sebuah kejayaan bagi membuktikan orang sepertinya juga boleh berjaya. Apatah lagi dia anak sulung daripada enam beradik, tentu saja tanggungjawabnya sangat besar. Bagi meneruskan kelangsungan hidupnya di Kuala Lumpur, Fauziah bekerja di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) kerana dia memang sukakan kanak-kanak. “Saya datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang sebanyak, RM20. Keluarga saya bukanlah orang senang dan dengan kekurangan diri, tiada apa sangat yang boleh saya lakukan di kampung. Dengan wang sebanyak itulah saya merantau ke Kuala Lumpur. “Tanpa kenalan dan saudara, saya sebatang kara di kota besar ini. Alhamdulillah saya dapat bekerja di sebuah taska. Berbekalkan pengalaman saya bekerja di sana, beberapa tahun kemudian saya pun membuka tadika sendiri yang diberi nama Tadika Idealis. “Saya mengerahkan segala kudrat yang ada untuk memastikan tadika itu berjaya. Syukur ke hadrat Ilahi, Dia memakbulkan segala doa saya sehingga saya berjaya membuka dua lagi tadika dan enam taska yang kebanyakannya beroperasi di Puchong, Selangor. “Tadika Idealis adalah pusat setempat yang selain menyediakan keperluan pendidikan, ia juga adalah tempat jagaan bayi. Di sana juga ada kelas mengaji al-Quran, menyediakan teknik menguasai bacaan dengan berkesan dan mengajar kanak-kanak berfikir secara positif. “Bagi memastikan tadika dan taska itu selamat dan selesa untuk bayi dan kanak-kanak, saya sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi melakukan pengubahsuaian. Dan bagi memastikan segala urusan di tadika dan taska berjalan lancar, saya kini ada 40 orang kakitangan yang semuanya terlatih,” katanya. Namun sebagai seorang usahawan, impian Fauziah tidak berhenti setakat itu saja. OIeh itu sebaik dia mendengar mengenai kursus Millionaire Mind Power (MMP) yang dikendalikan oleh Profesor Dato Dr Ibrahim Ahmad pada penghujung 2009, langsung terbuka pintu hatinya untuk menyertai kursus itu. “Ketika itu walaupun boleh dikatakan tadika dan taska itu mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat namun keuntungan yang saya perolehi tidaklah berapa besar, hanya setakat RM60,000 sebulan. “Oleh itu saya perlu melakukan sesuatu bagi memastikan perniagaan saya terus berkembang dengan baik. Maka pada 5 Disember 2009 saya pun menyertai MMP dengan segala formula yang diajar oleh Dato’ Dr Ibrahim, Alhamdulillah sekarang saya berjaya menambah keuntungan sebanyak RM120,000 hingga RM130,000 sebulan. “Tanpa kita sedari, kita tidak menggunakan sepenuhnya kemampuan diri dan minda kita. Dengan mengikut kursus anjuran MMP, ia dapat membuka minda saya bahawa kita juga boleh berjaya seperti orang lain. MMP membuka minda kita dan mengajar kita untuk berfikir seperti seorang jutawan. “Sebelum ini saya juga telah disahkan oleh doktor menghidap penyakit kanser fibroid tahap tiga. Bagaimanapun dengan sokongan suami, anak-anak dan selepas mengikuti kursus MMP, saya telah melakukan segala teknik yang telah diajar oleh Dato. Ternyata berkesan sehingga dapat disembuhkan. Syukur ke hadrat Allah swt, saya sekarang sihat. Saya sangat berterima kasih kepada Dato’ Dr Ibrahim kerana berjaya memberi inspirasi dan semangat untuk menjadi manusia yang lebih berjaya. “Sentiasa tanamkan sifat positif pasti apa yang diimpikan akan berada dalam genggaman. Saya sudah mengikuti semua tahap kursus yang disediakan MMP. Sememangnya ilmu ini amat hebat dan luarbiasa. Saya boleh terasa perubahan yang berlaku dalam hidup saya dan juga perniagaan. Dulu, apabila diberitahu saya menghidap barah, terus hilang semangat saya, maklum saja ia berdepan dengan keadaan hidup atau mati. “Program MMP mengajar kita mengenai minda positif dan transformasi minda. Apa pun bermula dengan minda kita. Sihat minda maka sihatlah tubuh badan kita dan InsyaAllah, apa saja yang akan dilakukan bakal memperolehi kejayaan,” katanya. – RM130 ribu sebulan. Beliau menyatakan rasa syukur teramat sangat dengan nikmat yang diperolehi. Beliau juga menyarankan kepada orang ramai agar menghadiri program-program yang dianjurkan oleh MMP kerana keberkesannya amat tinggi. “Budayakanlah kekayaan dalam kehidupan seharian kita, belajarlah dengan mentor yang hebat,gunakan dan amalkan teknik yang diajar untuk kegunaan seharian”, saran beliau lagi. Beliau sedia berkongsi pengalaman dan berkongsi rahsia tentang MMP dan kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak anda di Tadika Idealis bolehlah menghubungi beliau di talian 019-3242926
*******************************************************************************************
KEHIDUPAN BERUBAH 360 DARJAH
Metro Ahad 21hb November, 2010
Selepas menghadiri Kursus MMP pada akhir Julai 2010 yang lalu, saya melawat seorang rakan yang terkena penyakit misteri dan tidak boleh berjalan selama 2 minggu. Semasa memasuki rumahnya, terasa aura panas terkena pada badan dan di dalam hati timbul perasaan pelik. Bila berada disamping kawan yang sakit, dia mula tidak dapat melihat mata saya dan berkata “Awak ada pakai ilmu apa? panas, aku tak boleh lihat mata awak”. Pada masa itu, baru saya sedar ilmu MMP yang saya pelajari begitu hebat dan saya rasa bersyukur. Saya meminta izin kepadanya untuk memberi energy dan beliau mengizinkannya. Tatkala itulah telinga saya tiba-tiba berdesing dan kawan saya mula berpeluh. Sungguh hebat ilmu ini. Sambil bersembang dengan beliau, saya meyakinkan beliau untuk kembali pulih dan menyokongnya untuk berjalan seperti biasa. Beliau bangun dan berjalan beberapa langkah tetapi terduduk semula pada tempat asalnya. Kemudian, saya bersembang dan dalam diam-diam saya hantar energy kemudian bangun untuk mengelilingi rumah. Tanpa saya sedari, beliau mengilkuti dibelakangku dan apabila seluruh kawasan rumah telah saya kunjungi, saya bertanya kepadanya, “Kamu ada dimana?”. Dia menjawab, “Ada di depan rumah”. Barulah dia tersedar bahawa sebenarnya dia boleh berjalan seperti biasa”. Bagi saya, ternyata hebat ilmu ini kerana hanya dengan menukar ‘mindset’ sahaja membuatkan perkara yang mustahil boleh diatasi dengan sekelip mata sahaja. Perkara kedua berlaku kepada saya apabila pulang sahaja dari rombongan ‘Langkawi Reiki Energy Trip’. Semasa menjalankan aktiviti disana, saya ada berhajat dan berdoa untuk membuat projek jalanraya yang saya harapkan selama ini. Keesokan harinya, tanpa diduga, seseorang telah menelefon saya dan ingin berjumpa untuk berbincang mengenai projek jalanraya. Sebagai seorang kontraktor, saya seperti tidak percaya dan berasa syukur teramat sangat. Saya tidak kenal siapa pemanggil itu dan saya terus berjumpa dengannya dan mendapat projek jalanraya yang bernilai RM94 ribu begitu sahaja. Inilah realitinya dan sehingga hari ini saya masih tidak dapat mempercayainya. Ketika ini saya teringat ‘Law of Attraction’ seperti kata Dato, “bila kita memikirkan sesuatu perkara, secara ‘automatic’ perkara tersebut akan datang kepada kita secara sendirinya”. Kini saya amat positif serta yakin tentangnya. Kehidupan saya juga semakin berubah, bukan sahaja di rumah malah di tempat kerja sama sekali. Jika dahulu saya mempunyai masalah komunikasi dengan pekerja, kini telah berubah sama sekali. Sikap toleransi antara pekerja dengan saya semakin meningkat dan sikap kerjasama berpasukan diterapkan serta segala arahan saya mereka dengar dan menurutinya. Masalah kerjasama yang membelenggu pemikiran saya terhadap pekerja-pekerja selama ini hilang sama sekali dan sebaliknya semakin bertambah baik. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya semakin dipermudahkan dan berjalan lancar. Apa yang berlaku kepada saya hari ini semua selepas saya menghadiri Kursus MMP dan keberkesanannya amat tinggi sekali. Ternyata MMP memberi impak yang luarbiasa sekali sehingga mampu mengubah 360 darjah kehidupan saya. Pelaburan kepada ilmu MMP ini amatlah berbaloi-baloi sangat, malah apa yang saya terima hari ini berkat mengamalkan segala yang diajar oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Hadirlah ke workshop dan seterusnya menghadiri Kursus MMP kerana anda bakal menerima perubahan seperti saya juga. Ubah pemikiran, ubah kehidupan dan ubahlah nasib anda dari hari ini juga demi masa depan yang lebih bermakna. Sekiranya anda memerlukan bantuan nasihat dan mengetahui pengalaman yang saya alami, saya sudi berkongsi dengan anda semua di talian 019-2672033. Sertailah MMP untuk kebahagiaan dan kekayaan anda semua..I LOVE PITIH… Salam Kasih Sayang dari saya, RM Azri dari Terengganu.
************************************************************************************************ 
CEK AJAIB MMP-TULIS SAJA BETUL-BETUL MENJADI
Metro Ahad 14hb November, 2010
“Mengalami masalah kewangan setelah kehilangan RM160,000.00 sejak tahun 2003, setelah membuat pelaburan dalam perniagaan hartanah. Kesemua modal pelaburan dikeluarkan melalui pembiayaan peribadi dari Bank-Bank tempatan, dan inilah perkara yang amat memberi tekanan kepada saya”. Itulah luahan kata dari peserta MMP, En. Khairul Asyhar yang saban hari dikejar oleh pengutip-pengutip hutang yang dilantik oleh pihak Bank disamping terpaksa turun naik mahkamah kerana gagal untuk membuat pembayaran balik. Disebabkan oleh terlalu banyak tekanan yang diberikan oleh pengutip-pengutip hutang ini, maka beliau terpaksa membuat keputusan drastik dengan menjual satu-satunya rumah kesayangannya pada pertengahan tahun 2009 untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Walaubagaimanapun, masalah masih juga tidak dapat diselesaikan dimana pembeli rumah rumah gagal untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak Bank biarpun deposit telah pun dibayar. Usaha digandakan dan beliau terpaksa mengiklankan semula dan memperolehi seorang lagi pembeli pada awal tahun 2010, dan masalah masih berlarutan kerana pembeli baru ini juga mengalami masalah dengan pihak peguam dan pinjaman bank. Segalanya selesai sehinggalah beliau diperkenalkan dan menyertai kursus MMP pada 26hb September 2010 di Seri Pacific Hotel KL yang lalu. Banyak perkara ajaib berlaku dan perubahan demi perubahan dirasakan. Perkara yang paling mengejutkan apabila semasa kursus berlangsung beliau telah meletakkan jumlah RM130,000.00 di sekeping Cek MILLIONAIRE BANK THE ENTIRE UNIVERSAL yang menjadi rutin atau salah satu teknik yang dipelajari pada 25/10/2010 yang mana andai anda menulis pada cek ini dan membuat hajat serta meletakkan saranan kepadanya, bayangkan sekeping cek sebegini benar-benar hadir seperti diminta. Selepas pulang ke rumah, beliau telah mempraktikkan teknik robot dan saranan wang yang diajar oleh Dato’ Ibrahim Ahmad untuk mempercepatkan proses untuk mendapatkan pembayaran dari Bank yang membiayai pinjaman pembeli rumah tersebut. “Alhamdulillah, berkat usaha dan teknik yang diajar, pada 14hb Oktober 2010 saya telah menerima sekeping Cek OCBC Bank bernombor 008154 berjumlah RM131,145.55 dari pihak bank dan saya amat bersyukur, terkejut dan berterima kasih sekali”, ujar beliau . Disamping itu juga dengan teknik yang diajar, beliau juga telah memperolehi (2) dua projek undi kontraktor dari Dewan Perbandaran berjumlah RM110,000.00 selepas seminggu menyertai kursus MMP ini. “Memang benarlah kata Dato’, dengan hanya menggunakan ‘imaginasi’ sahaja kita mampu mencapai segala-galanya”, ujar beliau dengan begitu yakin. Di samping itu juga, beliau sentiasa mengamalkan “Saranan Wang” setiap hari dan sentiasa membayangkan diri ibarat “Magnet rezeki” dan sentiasa berharap agar banyak lagi peluang-peluang datang kepadanya. “Jika dahulu, saya sentiasa dalam keadaan tertekan dan berfikiran negatif, kini tidak lagi. Apa yang telah saya pelajari dari pengalaman lalu ialah biarkan mereka mengambil segalanya dari saya, tetapi bukan semangat saya. Kini saya telah mempelajari ilmu MMP ini yang benar-benar hebat sehingga mampu membuatkan kehidupan saya berubah kepada luarbiasa.” tambah beliau lagi. Beliau juga menyarankan kepada semua pembaca di luar sana supaya jangan mudah berputus asa dan hadirilah Workshop MMP agar kita mampu menjana transformasi minda ke satu tahap yang lebih baik dan sentiasa berfikir positif, mencipta getaran wang dalam diri sendiri, dan seterusnya hadirlah ke kursus MMP kerana pelaburan anda pasti berbaloi dengan hasil yang anda akan perolehi nanti. Banyak rahsia-rahsia terbongkar bila anda menyertainya dan apa yang pasti, selepas ini perjalanan kehidupan anda berubah dan berjalan lancar, dipermudahkan semudah petik jari sahaja. Hanya dengan berfikir sahaja, kita mampu mencipta dan mengecapi apa yang anda fikirkan. Hebatkan!. En. Khairul juga sedia dihubungi dan berkongsi pengalaman mengenai kisah benar ini di talian 012-2692764
*********************************************************************************************************************
SEHARI MENGUBAH SEGALA-GALANYA
Metro Ahad 31hb Oktober, 2010
1Mei 2010, hari yang merubah hidup saya. Kursus MMP yang saya sertai di hotel KLIH sangat-sangat merubah kehidupan saya. Bekerja sendiri sebagai Interior Consultant dan menjual wallpaper, sangat berkurangan, biasalah berniaga mengikut musim, bila nak raya baru la orang beli. Tapi kini semua tu sudah berubah, dari projek kerajaan sampai ke bilik orang kenamaan saya dapat. Keuntungan yang dahulu cuma RM 2 ke RM 3 ribu sebulan kini mencecah RM 10 ke RM 12 ribu sebulan. Dari tiada kedai sampailah memiliki kedai sendiri. Seminggu pendapatan dapatlah RM 3 ke RM 4 ribu, bak kata Dato’ Ibrahim “ lepas la buat duit beli sayur “, ditambah pula dengan ilmu “Power Of Image” sekarang saya lebih berketerampilan, bergaya seperti seorang jutawan, memiliki aura dan energy yang cantik. Itu semua penangan “Aura Seri” yang saya amalkan. MMP bukan hanya menjana kekayaan sahaja, kini saya bergelar seorang Master, dengan keizinan daripada Dato’ Ibrahim saya menjadi guru kepada bakal-bakal pelajar MMP, dari peniaga kedai makan, peniaga tepi jalan, tukang urut, peniaga spa, penghantar surat, pekerja kilang, pekebun, pekerja bank malah cikgu pun saya bantu. Bermula dari rumah, pergi ke Workshop sampailah ke Kursus saya tunjuk jalan dan cara kerja ilmu MMP yang BERIMPAK TINGGI ini. Kini mereka semua telah berjaya, bekerja sendiri dah dapat kerja kerajaan, yang berniaga pula melayan pelanggan sampai ke malam, kan dah berubah tu. Ok la tu. Itulah kelebihan ilmu “Power Sale” yang saya perolehi daripada MMP. Sebagai seorang Master, saya juga berkebolehan untuk menjadi seorang Penyembuh@Healer. Dari penyakit demam berminggu-minggu, batuk tak berhenti, bisa-bisa kaki, bengkak lutut, suami isteri bergaduh, keluarga tak tenang, gangguan tempat berniaga, berniaga tak menjadi, sihir, saka semua saya tolong ubati. Itulah kelebihan menggunakan “Garam Aura Seri” dan yang paling penting bila sentiasa berfikiran positif semua masalah boleh selesai. Saya berterima kasih sangat kepada Dato” Ibrahim, Datin Ira, Team MMP dan semua student dibawah jagaan saya yang banyak membantu saya. Dari orang biasa-biasa hinggalah menjadi seorang yang berjaya, saya gunakan sepenuhnya kebaikan memiliki ilmu “MILLIONAIRE MINDPOWER” ini, sekarang saya tahu ramai lagi di luar sana yang sedang tercari-cari ilmu kekayaan, kebahagiaan dan kejayaan, terutama sekali warga Batu Pahat/Pontian dan sesiapa sahaja dapatkanlah tiket workshop dan mulakan kejayaan anda dengan menyertai MMP. Kekayaan bukan hanya diukur dari wang ringgit semata-mata, tetapi boleh datang dari pelbagai bentuk seperti yang saya alami dan saya terus percaya dengan ilmu MMP ini. Satu hari jika diizinkan Allah s.w.t saya akan menjadi kaya dan segala yang berlaku bersebab. Apa yang kita semai itulah yang kita tuai. I LOVE MONEY. Salam kasih sayang buat semua dari saya RMA RIDZAL : 0177664353.
*********************************************************************************************************************
DULU RM1 RIBU SEBULAN , KINI RM4 RIBU SEMINGGU
Metro Ahad 24hb Oktober, 2010
Salam kasih sayang buat semua, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada diri saya untuk menuju kekayaan dan kejayaan. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebelum dan selepas menyertai program MMP pada bulan Ogos 2010. Sebelum saya menyertai Millionaire Mindpower (MMP) oleh Prof. Dato’ Dr Ibrahim Ahmad kehidupan saya amat tertekan. Pelbagai masalah yang saya hadapi termasuk masalah keluarga & bisnes. Saya telah menceburi bidang networking sejak 3 tahun dahulu tetapi masih gagal. Pendapatan saya tidak pernah mencukupi, jiwa saya tertekan kerana wang selalu bocor. Saya rasa cemburu tengok orang lain berjaya, memiliki rumah, kereta mewah dan serba mewah. Keinginan saya amat tinggi ingin menjadi seperti mereka yang berjaya. Saya bertekad didalam diri saya “Aku nak kaya dan juga berjaya”, tetapi itulah hakikatnya harga kata-kata itu mampu terpendam di dalam hati. Bukan saya tidak berusaha, saya berusaha setiap hari dan tidak pernah saya abaikan setiap program lain yang dianjurkan oleh syarikat saya. Rezeki masih tidak berpihak kepada saya. Selama 3 tahun saya membuat perniagaan ini tetapi masih tidak kaya? Dulu, nak dapat RM1000 pun susah. Sekarang semuanya sudah berubah, wang mengalir tanpa henti setelah saya hadir program MMP. Teknik “Saranan Wang” benar-benar menjadi sehingga saya diibarat “Magnet wang”. Kebahagiaan hidup bukan diukur dengan wang, tetapi wang diperlukan setiap hari dan tanpa wang kita tidak boleh mengecapi nikmat kehidupan dan erti kebahagiaan itu. Boleh dikatakan hidup saya kini menjadi lebih mudah, semudah petik jari sahaja dengan bertemu prospek dan memperoleh hasilnya. Jika dahulu dalam sebulan saya memperolehi RM1 ribu sahaja, kini meningkat berkali ganda sehingga purata dalam seminggu sahaja saya memperolehi RM4 ribu. Kini barulah saya sedar dan faham, inilah yang dikatakan “Wang bekerja untuk kita” dan “wang mengalir tanpa henti” dapat dirasakan getarannya serta amat yakin tentangnya. Keyakinan inilah yang membuatkan saya sentiasa dilimpahi rezeki dan menambahkan lagi perasaan syukur dan betapa besarnya rezeki yang dicurahkan oleh Allah s.w.t. Inilah kehebatannya jika sentiasa berfikir positif dan berbaik sangka kepada semua orang. Pendapatan saya mulai kukuh setiap hari, Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamduliillah, berkat doa dan ilmu yang saya amalkan dalam MMP yang telah banyak mengubah hidup saya serta keluarga. Sekiranya anda juga diselubungi masalah seperti yang saya hadapi 3 tahun yang lepas, kini giliran anda pula untuk berubah dan bertindak demi kehidupan yang lebih menjamin kualiti kehidupan pada masa akan datang dan yang paling pasti, wang akan mengalir kepada anda setiap hari. Hadirlah ke program transformasi MMP dan rasai sendiri kehebatannya. Terima Kasih…terima kasih…terima kasih….I LOVE MONEY!!! – INA Seberang Jaya 017-4468284
**********************************************************************************************************************
PROJEK RM2.5 JUTA LULUS DALAM 2 MINGGU
Metro Ahad 17hb Oktober, 2010
Penantian selama 22 Tahun berakhir dengan limpahan rezeki setelah menghadiri kursus MMP
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Disini saya ada sebuah cerita yang kini telah mentransformasi dan meransang kehidupan saya ke sebuah fasa baru. Sebelum ini, saya sentiasa diselubungi pemikiran negatif, sempit, tidak berjiwa besar dan sukar untuk menjejakkan kaki ke majlis-majlis ilmu. Atas permintaan dan ajakan isteri, saya telah menghadiri workshop MMP pada 31hb Ogos lalu di Seri Pacific Hotel, itupun tiket workshop dibayar oleh isteri saya. Selepas workshop tersebut, isteri saya membayar deposit sebanyak RM100 pula buat saya untuk hadir bersamanya walaupun saya masih keberatan untuk menghadiri kursus MMP tersebut pada 26hb September di PWTC yang lalu. Pada hari berlangsungnya kursus tersebut, barulah saya tahu mengenai rahsia sentiasa berfikiran positif dan hebatnya kekuatan minda sehingga mampu menarik dan mencipta dari sebuah imaginasi kepada kenyataan semudah petik jari sahaja. Ini memang di luar jangkaan saya dan amat luarbiasa. Apa sahaja yang teknik-teknik yang dipraktikkan seperti “Saranan Wang dan Membentuk robot” memang menunjukkan keberkesanan yang tinggi sehingga ke hari ini. Sungguh luarbiasa!. Selepas 2 minggu, saya merasakan rezeki datang mencurah-curah, wang mengalir tanpa henti dan peluang sentiasa datang bertalu-talu. Perkara yang amat memeranjatkan saya sekali adalah “Projek tender RM2.5 JUTA yang dipohon oleh saya telah diluluskan oleh sebuah badan berkanun dan diikuti dengan penerimaan komisyen saya sebanyak RM20 RIBU”. Alhamdulillah syukur saya kehadrat illahi. Saya berlinangan air mata tanda kesyukuran dan inilah berita yang paling berharga dalam hidup saya setelah 22 tahun bekerja yang sekian lama saya impikan. Inilah salah satu keberkesan “Robot saya” yang saya praktikkan semasa di kursus lagi dan betullah bak kata Dato’, “Apa yang kita fikirkan, ia akan menjadi kenyataan dan apa yang kita sangka, kita akan terima”. “Jika kehidupan kita tak berubah, tidak ada orang yang dapat mengubahnya melainkan diri kita sendiri”. Sejak dari itu, saya sentiasa positif, yakin pada diri sendiri, sentiasa berdoa dan melakukan teknik-teknik tersebut setiap hari dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Jika tak mencuba, kita tak akan tahu. Tenaga kursus MMP ini amat menakjubkan sekali, saya menyarankan agar kepada sesiapa yang inginkan perubahan besar berlaku pada diri anda, hadirlah ke kursus MMP ini, rasa dan alami sendiri kehebatan ilmu MMP ini. Jangan takut untuk melabur pada majlis ilmu sebegini kerana hasilnya sangat memberansangkan, malah memberi kelebihan dan meningkatkan taraf kewangan kita juga. Jutaan terima kasih saya buat Dato’ Ibrahim, RM Norimah, RM Nazarli serta RM Julia kerana memberi laluan dan peluang untuk saya dan isteri hadir di MMP tempoh hari dan InsyaAllah kami akan menghadiri kursus lanjutan yang lebih tinggi dalam masa terdekat. I LOVE MONEY – EN. GHAZI 012-9430020
********************************************************************************************************************

UMPAMA MATI HIDUP SEMULA
“Arrgghhhhh tidak!!! Kenapa harus aku berada di tempat ini??” Di kiri menjerit melolong di dalam kandang… Di kanan menangis dan ketawa tanpa henti.. Dan aku hanya sepi dan runsing di atas katil sendirian. Tanda tanya mula menyerang diriku, mengapa aku dihantar ke sini?? Di wad GILA Hospital Kuala Lumpur. Hanya aku yang mengetahui kebenaran tentang diriku bahawa aku bukan gila!! Namun siapa yang mahu mendengar kata-kataku jika aku sudah dicop orang gila.. keadaan diriku sebelum itu cukup membuktikan aku sebagai status itu. Tapi bukan aku inginkan semua ini terjadi.
Segalanya bermula saat aku menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Dalam desakan hidup dan ekonomi yang sungguh meruncing dalam kehidupanku, membuatkan aku terpaksa menyertainya. Sungguhpun dalam hati kecilku berkata, ini bukan cita-citaku. Tapi ini sahaja peluang yang ada kerana aku bukanlah seorang pelajar pintar dan aku bukanlah datang dari keluarga yang serba ada. Di dalam Angkatan Tentera Malaysia inilah yang banyak mengajarku tentang erti kehidupan di mana aku mula berdikari dan mencari kepuasan dalam hidup. Namun sememangnya tiada kepuasan di situ kerana kehidupan dan aktiviti yang aku lalui begitu perit. Sehinggalah aku di tempatkan di Kem Kawasan Banting Selangor. Di situ bermula lagi satu episod hitam dalam diriku. Aku mulai menjadi seorang yang panas baran dan tidak boleh ditegur. Kalau tak, pasti akan berlaku pergaduhan dan beberapa perkara pelik yang dilakukan. Aku ketika itu seolah-olah telah bertukar menjadi orang lain. Sehingga pada satu ketika seorang yang bijak dan berilmu hadir di situ menyatakan diriku telah diekori oleh sesuatu entiti yang disebut sebagai penunggu kawasan tersebut. Ianya tidak berpisah denganku. Malah ianya begitu rapat dan suka dengan diriku. Oleh kerana itulah kehidupanku seharian sering terganggu. Aku menjadi sukar melelapkan mata, badanku menjadi panas dan sering mengalami mimpi yang menakutkan. Aku menjadi tertekan dengan keadaan diriku itu. Wajahku sudah berubah kelihatan semakin tua dari usiaku, berwajah bengis, berkerut dan sangat tertekan. Aku akan menjerit sesuka hati. Aku menyedari akan kehadiran ‘benda’ tersebut. Namun aku tidak tahu bagaimana untuk pisahkan aku darinya. Sungguh menyedihkan, orang-orang sekelilingku menganggap aku mengalami tekanan disebabkan oleh kesempitan hidupku. Semakin hari keadaaanku semakin teruk sehingga mereka menghantarku ke hospital wad pesakit gila… aku tiada daya untuk menerangkan pada mereka apa yang aku alami setiap hari. Tiada siapa yang akan percaya. Ketika itu aku rasakan lebih baik aku mati dari aku menempuh semua ini. Aku begitu kecewa dengan hidupku. Setelah beberapa minggu aku dibenarkan pulang dengan berbekalkan ubat-ubatan untuk orang gila. Namun aku enggan memakan ubat tersebut seperti yang disuruh. Kerana aku tahu aku bukan gila. Duduk sendirian, aku bermuhasabah diri, apakah yang akan terjadi dengan hidupku ini? Aku ingin mengubah kehidupanku namun bagaimana? Aku punya isteri dan 2 orang anak yang harus ditanggung. Sehingga satu ketika aku diperkenalkan dengan seorang tua yang kelihatannya alim. Beliau memberikanku sebentuk cincin dimana cincin ini merupakan pelaris untukku katanya. Bermula dari itu aku mula menceburkan diri dalam jualan langsung(MLM). Yaaa, memang betul-betul laris. Tetapi konflik dalaman tetap terjadi di mana aku masih seorang yang panas baran seperti sebelum itu. Maka suatu ketika, aku dipekenalkan lagi dengan satu program yang disebut sebagai Millionaire Mind power yang diasaskan oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad. Aku menyertai ‘Workshop’ yang diadakan oleh beliau di Hotel Seri Malaysia, Kuantan Pahang Disember lalu. Di situ aku rasakan satu sinar baru dalam hidupku di mana program ini boleh merungkai segala yang tersembunyi dalam diriku. Aku sertai pula kursus yang diadakan oleh beliau di Kuala Lumpur. Di situ pelbagai telah kupelajari tentang kehidupan dan beliau mengajarku bahawa kita harus mempunyai minda., jiwa dan hati yang besar jika ingin berjaya. Semangatku semakin bertambah. Perkara yang lebih menarik ialah dengan belajar ilmu Mind Power ini ianya dapat membongkar satu persatu tentang keadaan diriku yakni mengenal diri. Ianya seperti telah membuka jalan dan ruang untuk diriku memperbetulkan keadaan diriku ini. Oleh itu, satu hari aku dipertemukan pula dengan seorang ustaz yang bijak dan tahu mengesan keadaan diriku. Sekali beliau pandang padaku, sudah dia tahu ada sesuatu yang menumpangku. Malah bukan itu sahaja. Terdapat juga jin yang berdamping denganku di mana ianya datang bersama cincin yang telah diberikan padaku suatu ketika lalu. Sekali lagi luluh hati dan perasaanku. Mengapa aku sering dilanda masalah begini. Aku benci dengan keadaan diriku. Tapi syukur Alhamdulillah ustaz tersebut mampu mengubatiku setelah sekian lama aku berjumpa dengan pelbagai bomoh namun tidak juga berjaya. Di situ dapat kurasakan dengan beberapa teknik yang telah Dato’ Dr Ibrahim ajarkan di dalam kursus Mind Power ini, benar-benar telah membuka ruang padaku untuk aku memulihkan keadaan diriku. Millionaire Mind Power juga telah mempertemukan aku dengan ustaz berkenaan. Kini aku menjadi lebih positif, minda lebih terbuka dan sudah punyai hala tuju dalam memperbaiki kehidupanku. Dengan beberapa teknik dalam Mind Power ini, mampu melariskan perniagaan yang aku jalankan kini tanpa bantuan cincin atau jin tertentu. Dalam masa yang sama, aku masih lagi bertugas di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Dengan menyertai Mind Power ini, aku telah dinaikkan pangkat dan kini orang ramai lebih menghormatiku. Aku bersyukur kepada Allah swt kerana menunjukkan lorong kebahagiaan dan ketenangan kepadaku dengan mempertemukan ku dengan Millionaire Mind Power. Secara tidak langsung diriku kini merasakan satu perubahan besar dan aku terasa UMPAMA MATI HIDUP SEMULA… sungguh menakjubkan lagi aku sudah boleh mengesan sendiri sekiranya terdapat unsur-unsur asing yang ada pada diriku atau pada orang lain. Bukan itu sahaja, malah aku boleh mengubatinya. Millionaire Mind Power memang hebat!!! Ingin sekali lagi kunyatakan disini bahawa aku kembali hidup! Kerana aku kini mampu menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan tiada gangguan. Kepada anda terpulanglah samada ingin mempercayainya atau tidak kisah hidupku ini.namun inilah hakikat yang sebenar yang telah aku lalui. Kalau anda juga ingin mengalami perubahan dalam hidup baik dari perniagaan, perhubungan, kekeluargaan, pelajaran, kesihatan, dan sebagainya, tidak rugi anda menyertai Millionaire Mind Power. Saya bukan bercakap kosong tapi saya sendiri telah melaluinya. Kalau tak percaya amda boleh hubungi saya sendiri di talian 019-9849031. InsyaAllah banyak boleh kita kongsi bersama.
Master Rahimi bin Hamdan, Jerantut Pahang

TIADA KATA SELAIN ‘WOW! MEMANG POWER’
Saya pernah berkerja makan gaji selama 12 tahun sebelum berhijrah ke dunia perniagaan MSI. Selama 12 tahun itulah hidup saya tertekan, sukar untuk tenang & gembira kerana masalah kewangan sering menghimpit hidup saya. Selapas saya berhijrah ke perniagaan MSI, Alhamdulillah ada sedikit peningkatan tetapi hidup,tetapi saya menjadi sangat tertekan untuk mengembangkan perniagaan MSI ini.
Alhamdulillah selepas bertemu dengan Profesor Dato, Dr.Ibrahim Ahmad & mengikuti Kursus Millionaire Mindpower barulah saya sedar bahawa saya sebenarnya telah dianugerahkan oleh ALLAH suatu anugerah yg paling istimewa iaitu Anugerah AKAL/MINDA tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengaktifkan kuasa minda ini. Semasa di dalam kursus ini minda saya telah ditrans-revolusikan dimana segala kuasa minda diaktifkan semula… Masyaallah segala kebahagian, ketenangan, kejayaan & kekayaan itu sebenarnya berada dihadapan mata sahaja & sangat mudah untuk dicapai & dimiliki.
Dalam masa yang singkat sahaja Perniagaan MSI saya berkembang dengan begitu drastik sekali malah mencapai pendapatan bersih melebihi RM20k++ dalam masa 10 hari sahaja. Alhamdulillah rezeki masuk laju macam peluru & melimpah ruah. Segala impian saya sedang saya capai satu per satu dengan mudah sangat. Segala urusan juga menjadi sangat mudah & teratur. Kehidupan saya sekeluarga juga berubah menjadi lebih tenang, gembira & bahagia.
Jika anda makukan perubahan, jadikanlah perubahan itu sebagaimana yg anda mahukan. Jangan sesekali membiarkan org lain yg mementukan masa hadapan anda & orang yg anda sayangi kerana segala kebahagian, ketenangan, kegembiraan, kejayaan & kekayaan itu adalah hak milik setiap insan.
Alhamdulillah.. saya telah pun bejaya & semakin menuju kepada kejayaan yang lebih gemilang lagi..
Anda bila lagi… ?? Takkan NAK TENGOK JERRRR..!!
I Loooooooooooooove Money
Syamsul Azli Bin Hj.Ahmad Sofian, Networker

SELESAI SEMUA MASALAH SAYA
Sebelum saya menyertai program Millionaire Mindpower yang hebat ini, kehidupan saya sering didatangi dengan masalah yang bermacam-macam. Namun setelah menyertainya pelbagai perkara yang menakjubkan telah berlaku kepada diri saya. Sebagai contoh, kini kehidupan keluarga saya bertambah baik dan bersatu semula angkara disihir oleh isteri kedua bapa saya.
Kini alhamdulillah semuanya bertambah baik. Ilmu ini juga dapat menyatukan kuasa alam dengan diri kita sendiri seterusnya dapat menggunakan kelebihan gerak rasa dengan baik. Perniagaan saya juga lebih teratur dan rezeki datang tidak putus-putus.
Syukur kepada Allah SWT kerana membuka hati saya untuk menyertai program ini. Yang terpenting adalah saya mempunya keyakinan diri yang luar biasa kini. Terima kasih Dato’ Ibrahim dan program Millionaire Mindpower.
Master Kalsom, Usahawan Kuih Tradisional

WANG DATANG BERGANDA-GANDA
Selepas mengambil program Millionaire Mindpower, saya telah temui kehebatan diri yang tidak pernah saya ketahui selama ini. Sejak itu saya boleh mendapatkan apa saja, termasuklah wang ringgit dengan mudah dan dalam masa yang singkat tanpa perlu bekerja.
Kalau dulu saya hanya berpendapatan 4 angka sebulan, tetapi selepas mengamalkan ilmu yang diajar, kini saya mampu menjana pendapatan sehingga 5 angka seminggu. MEMANG HEBAT!
Terima kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad, Pakar Transformasi Millionaire Mindpower kerana telah membantu saya mengubah kehidupan saya. I LOVE $$$$$!
Mastura Mohd Shah, Networker

KEKAYAAN HAK MILIK SETIAP INSAN
Saya dapat rasakan potensi diri terserlah selepas mengikuti kursus Millionnaire Mindpower ini. Segala rahsia dan bakat yang selama ini tidak diketahui terbukti dengan jelas. Wow, hebat sungguh ilmu Allah ini. Sungguh tak sangka penggunaan roh adalah lebih baik daripada penggunaan fizikal luaran semata-mata semasa menguruskan kehidupan. Walaupun masih bergelar pelajar, memiliki pendapatan sendiri bukanlah sesuatu yang mustahil lagi selepas menyertai program ini.Dengan hanya menggunakan minda bawah sedar (sub-conscious mind) sahaja, segala impian yang kita impikan tercapai dengan mudahnya tanpa perlu bersusah payah. Bak kata orang tua-tua, “nak pandai belajarlah rajin-rajin sehingga ke menara gading”. Tetapi kalau nak jadi kaya, belajarlah dari orang-orang kaya. Jadi kaya adalah hakmilik setiap insan
Diyana, Pelajar

LEBIH MENGENAL DIRI
Pengalaman menyertai kursus bersama Prof.Dr. Ibrahim Ahmad amat bermakna bagi saya. Kursus ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali potensi diri. Selepas membuat meditasi mengenali potensi diri, saya dapat merasakan ‘energy’ dan aura positif yang selama ini terabai dan tidak pernah disentuh oleh saya. Selain itu, saya juga mula menyedari tentang kuasa minda bawah sedar yang amat ajaib. Sebenarnya, saya pernah terbaca tentang kisah Dato’ dan Datin di dalam sebuah majalah sebelum ini dan terfikir alangkah hebat dan indahnya jika saya berpeluang berjumpa Dato’ dan Datin. Rupa-rupanya apa yang saya impikan selama ini menjadi kenyataan apabila saya benar-benar dapat bertemu Dato’ di dalam kursus ini. Sebelum ini, saya merupakan seorang yang cepat gemuruh apabila berdepan dan berucap di hadapan orang, namun selepas menghadiri kursus ini saya rasa lebih bermotivasi, tenang, dan lebih berkeyakinan diri. Segala ilmu dan kemahiran yang disampaikan semasa kursus ini membantu saya menjalankan tugas dengan lebih baik serta dapat menambah pendapatan dengan rezeki dari perniagaan yang semakin berkembang. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada ‘leader’ saya kerana membuka minda saya untuk menyertai kursus ini. Sekiranya diberi peluang, saya ingin menghadiri kursus ke peringkat yang lebih tinggi bersama Dato’. Terima kasih.
Puan Maznah, Guru
WANG MENGALIR TANPA HENTI
12 tahun saya bekerja di bidang perbankan & perakaunan dan selama itu jugalah hidup saya tidak pernah tenang dan gembira. Hakikatnya, saya tidak boleh menjadi kaya raya & bebas hutang selagi saya makan gaji. Dari tahun ke tahun segala impian saya terlalu mustahil untuk dicapai.
TETAPI, setelah saya mengikuti program Millionaire Mindpower yang dikendalikan sendiri oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad, pada Disember 2007; hidup saya BERUBAH 360 darjah. SEGALA yang mustahil, saya kecapi satu persatu. Kini, saya telah meninggalkan dunia diKERJAkan (makan gaji) 10 bulan yang lalu. Hidup makin terurus seperti apa yang saya inginkan dan rezeki melimpah ruah setiap hari seperti air sungai yang mengalir tanpa henti. Saya kini BEBAS dan TENANG! Saya lebih mengenali diri saya sendiri dan mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah ciptakan.
Terima kasih Dato’ kerana menTRANS-REVOLUSIkan saya. Jika tidak, saya masih seperti 12 tahun yang lalu, hanya orang-orang biasa yang dikelilingi hutang dan hidup dalam angan-angan sahaja. Program ini AMAT HEBAT & SAYA JUGA HEBAT! “I Love $$$$$”.
Master Azrin, Shah Alam

MEMANG POWER!
Sesungguhnya seminar Millionaire Mindpower yang dianjurkan oleh Prof. Dato. Dr. Ibrahim Ahmad selaku Pengasas POSITIVE MIND RESOURCES telah banyak memberikan perubahan yang drastik di dalam karier dan perjalanan hidup saya yang selama ini sukar untuk mencapai kemajuan dan kejayaan di dalam bidang perniagaan. Namun sekarang, segalanya telah menjadi mudah setelah menerima tunjuk ajar, panduan dan penghayatan di dalam memenuhi kehendak diri serta dapat mengenali diri sendiri dengan lebih dalam tentang potensi diri selepas melakukan beberapa teknik yang sangat menakjubkan. Subahannallah! Suatu perkara yang sangat berharga dalam hidup saya selama ini.
Terima kasih rakan niaga yang turut membantu saya dan tunjuk ajar daripada Dato’ sendiri. Jutaan terima kasih saya ucapkan sekali lagi.
Rozaidi Zaharudin , Klang Selangor

SUNGGUH MENKJUBKAN!
Saya merupakan bekas pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat di Majlis Perbandaran Klang. Walau bagaimanapun, kini saya telah menjalankan perniagaan E-Networking + E-Dagang sepenuh masa. Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya saya telah dipertemukan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka ini. Selama ini tidak pernah terlintas difikiran saya untuk terlibat dalam bidang perniagaan ini.
Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ‘sifu-sifu’, rakan-rakan seperjuangan serta keluarga yang turut sama memberi perangsang, sokongan dan tunjuk ajar kepada saya sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, selepas saya menghadiri program Millionaire Mindpower oleh Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad terasa satu perubahan dalam hidup. Tahap keyakinan diri semakin meningkat. Program tersebut sangat menakjubkan sehingga segala urusan menjadi semakin mudah dan berjalan dengan lancar. Saya rasa semakin tenang, dapat megawal emosi lebih baik, serta merancang kehidupan yang lebih sempurna dan menjadi semakin positif.
Kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan keyakinan diri dan kehidupan anda, sertailah program ini. Saya yakin anda tidak akan menyesal. Rasailah perubahan yang anda impikan. “Yeahh!! I love money$$$”.
Master Raja Nazihah Raja Chik, Klang
RUGI BESAR KALAU TAK REBUT PELUANG
Sebelum menyertai kursus MMP (Millionaire Mindpower), ada suatu ketika saya merasakan mustahil apa yang telah saya tuliskan ini akan berlaku dalam hidup saya. Diari itu ditulis sejak Mei 2009 tetapi terhenti seketika semenjak November 2009.
Selepas kursus MMP, rasa bersyukur sangat kerana deria keenam saya (sixth sense) semakin kuat. Ini kerana kita telah berkomunikasi dengan pendua kita. Suatu ketika dahulu saya rasakan amat mustahil tetapi ianya petunjuk yang jelas pada masa sekarang dan akan datang.
Master Syaerie Suhana Mohd Shahar, Hulu Langat Selangor
SEGALA IMPIAN MENJADI REALITI
Kelebihan untuk berubah bergantung pada diri sendiri dan minda. Yang pastinya program Mindpower ini bagaikan ditambah “booster” kepada apa yang sedia ada. Jati diri bertambah baik, malahan hamper menguasai minda bawah sedar. Dulu saya seorang guru tetapi sekarang adalah networker sepenuh masa selama hampIr setahun setengah.
Dulu saya hanya memandu Wira Aeroback tetapi kini syukur kerana dapat memiliki BMW 5 siri. Pangkat tertinggi, rezeki bertambah baik dan kehidupan lebih baik dari sebelumnya.
Memanglah benar kata Prof. Dato’ Dr. Ibrahim, “Kita adalah apa yang kita fikirkan” dan “Apa yang kita semai, itulah yang kita tuai”. Millionaire Mindpower adalah jawapannya!
Master Redzuan, Sungai Petani Kedah
MEMANG LUARBIASA HEBAT!
Terima Kasih Yang Tidak terhingga kepada Prof. Dato’ Dr Ibrahim Bin Ahmad yang yang menganjurkan Kursus Millionaire Mindpower pada Disember tahun lalu. Cukup hebat ciptaan Allah Taala terhadap makhluknya. Cuma bagaimana hendak menerokai kehebatan minda separa sedar?
Selama ini kehidupan seharian bergantung kepada logik akal atau Fact n Firgure. Setelah menghadiri Kursus Millionaire Mindpower. Baru saya ketahui kewujudan satu kuasa minda yang cukup hebat iaitu minda separa sedar atau Subconscious Mind. Di tambah lagi will of power apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
Alhamdullilah selepas menghadiri kursus, hampir 3 bulan saya cuba mencari diri saya dan berjumpa juga akhirnya. Apabila kedua-dua bahagian minda sedar dan minda separa sedar bersatu cukup hebat sebenarnya. Menjadikan apa yang diimpakan jadi kenyataan.
Teringat lagi kata-kata Dato… ”I love…..!!!! ” ”Money!!!”.. Mudah je! Senang je! Macam ni Petik jari!! Kejayaan!! Duit!!! Datang macam air. Cukup hebat kata-kata setiap kali dilafazkan.
Hebat sungguh diri ini apabila kita memahami potensi, kehebatan dan kekuatan yang diperolehi apabila minda separa sedar yang selama ini tidak pernah digunakan atau tidak pernah diusik telah dibangkitkan, telah dikejutkan…. CUKUP HEBAT!!!
Untuk faham, yakin dan percaya yang diri adalah sukar apabila kita tidak kenal diri kita sendiri apa yang kita kehendaki atau apa yang kita mahukan dalam hidup.
Millionaire Mindpower adalah satu senjata khas untuk mengejutkan kuasa minda separa sedar yang misteri untuk diterokai oleh setiap orang yang ingin mengubah hidup, kenal diri sendiri dan untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dan hebat dalam apa jua bidang diceburi. Yang paling penting jangan ego dan sombong dengan wang….
Buka minda, luaskan pandangan, gabungkan minda sedar dan minda separa sedar untuk cungkil rahsia kehebatan dan potensi diri untuk menjadi lebih hebat, terserlah dan berkarisma….
Terima kasih Millionaire Mindpower, saya telah berjaya menerokai kehebatan minda separa sedar untuk kenal diri saya dan membantu insan lain yang dalam kesusahan untuk mecari hala tuju hidup dan mengenal diri sendiri dan ketahui potensi yang ada.
Bukalah kunci pintu itu…. Bukalah pintu… Lihatlah apa yang ada disebalik pintu itu…. Jengoklah dia… Kenali dia.. Berbual dengan dia… Bersatulah dengan dia.. Dia tidak lain.. tidak bukan dia lah DIRI KITA SENDIRI!!!
Terokai Rahsia minda separa sedar Untuk mengetahui Kehebatan Dan Potensi diri…. Terima kasih Dato… Terima Kasih Millionaire Mindpower…
Sekian… ”I love…..!!!! ” ”Money!!!”..
Salam Kasih Sayang,
Cikgu Fahmi, Kuantan
APA KATA MEREKA…

Kita bercakap tentang DUIT, sunguh berkesan kepada saya. “ I love money”
Lizawati Alias

Workshop ini telah berjaya mengubah cara pemikiran saya tentang WANG dan KEKAYAAN yang tidak pernah diimpikan sebelum ini
Che Kamaruzaman

Saya bertambah yakin dan rasa program ini penuh dengan pengisian. Senang je cari duit..duit pun cari kita.
Huda

Memang BEST workshop ni. Saya lihat nak capai kekayaan itu sangat mudah !
Linda
Workshop ini sungguh mengagumkan! nak kaya? Senang je
Alia
Workshop ini sangat menakjubkan dan berjaya membuka minda saya untuk lebih maju dan pandang kehadapan dengan lebih positif.
Ayu
Fikiran lebih positif, fikir je duit, duit datang!
Suzana
Satu program yang betul-betul membuka minda! Lebih hebat dari motivasi!
Kamaruzzaman

Saya telah ditransformasikan di workshop ini. “I love money”
Zulkifli
Memang best, saya mesti ikut program yang selanjutnya di masa akan datang.
“ I love money”
Rahizan
Saya dapati minda saya lebih BERKUASA setelah menghadiri workshop ini untuk menjadi JUTAWAN
Adam
Duit begitu senang dimiliki “hanya petik jari” sahaja!
Intan Soraya & Kamarul
HEBAT ! sesiapa sahaja boleh menyertainya untuk menjadi JUTAWAN
Mohd Lukman Hakim

Keyakinan saya semakin tinggi. Saya bersemangat untuk berjaya di dalam kerjaya saya. “ I love money”
Nor
Semakin positif tentang kekayaan dan kejayaan. Terima kasih Millionaire Mind Power
Azizul

InsyaAllah gelaran JUTAWAN menjadi milik saya tidak beberapa lama lagi. Workshop ini telah membuka minda saya
Suzana Mohd Salleh
saya mengalami transformasi minda dan tidak patut dilepaskan oleh sesiapa yang ingin berubah!
M Zurhiani
Membuka minda dan belajar menjadi JUTAWAN. “I love money!”
Mohamad Hazwan

Sangat Best! Saya yakin & pasti boleh mengubah kehidupan saya dengan Usaha & Mind Power
Lee Eng Leng, Wangsa Maju

“ BEST GILER!! Selepas program ini, saya dapat positifkan minda & dapatkan wang dengan mudah”
Hermawan, Selayang

“program yang berkesan kepada siapa yang ingin cemerlang dalam bidang perniagaan & dapat upgrade diri. Kalau kita nak bertempur mesti ada ilmu.”
Zaki Misman, Kepong

“Selepas program ini, saya dapat positifkan minda dan dapat mempelajari apa itu subconscious mind dan jalan untuk mendapatkan matlamat hidup saya.”
Norfaizawati Mohamed Amin, Ulu Klang

“Program ini telah menyedarkan saya & membangkitkan semangat bukan utk diri sendiri bahkan utk orang lain sekali supaya Berjaya.
Mohd Radzi Yusof, Banting

“Sesuatu yg baru! Energy baru! Permudahkan perjalanan hidup dalam mengejar kekayaan & kejayaan dengan mudah”.
Mohd Hakimi Hilmi, Seri Kembangan

–“Mengagumkan!! Inilah masanya untuk memajukan diri sendiri untuk menjadi kaya”.
Siti Fatimah Daeiri, Puchong

“Transform Minda kita kepada minda yang positif”.
Mohd Yusof Che Mansor, Bukit Antarabangsa

Buka Minda & Dapat Duit”.
Nor Erma Mustapha, Klang

“Memang menakjubkan & Yakin akan Berjaya”.
Pn. Faridah bte Ismail, Ampang

“Pemantapan Kendiri yang berguna untuk dunia & akhirat”
Mohamad Radzi Abdul Rashid, Shah Alam

“Kursus Tranformasi yang amat berkesan dan terbaik untuk peningkatan perniagaan dan diri”
Idarwati bt. Md Ali, Shah Alam

“Semuanya PADAT!! Duit datang sendiri & baru tahu tekniknya”
Siti Zaleha Abdul, Damansara

“Belum cuba belum tahu, dah cuba hari-hari mahu….I LOVEEE MONEYYYY….
Mohd Azri Hanordin, Jengka 12

“Program yg Menarik! Hebat! & Mudah aje!!”
Amirul Faizal Othman, Kota Damansara







































